Kebanyakan kucing suka mencari tempat yang terselindung untuk tidur dengan nyenyak. Ini kerana ada kalanya kucing tidak berasa selesa untuk tidur di tempat yang terbuka kerana mereka mudah diserang oleh kucing-kucing atau binatang yang lain. Dengan adanya rumah khas untuk haiwan peliharaan tersebut, secara tidak langsung akan memberikan ruang yang selamat dan selesa untuk si kucing beristirehat.
Rumah kucing adalah tempat tidur dan bermain yang ideal kerana ia mempunyai ruang dalaman yang selesa. Ia juga terdapat dalam saiz dan reka bentuk yang berbeza-beza. Maka sudah tentu anda boleh jumpa rumah yang paling sesuai untuk kucing kesayangan anda. Rumah kucing biasanya diperbuat daripada material yang tahan lama dan mudah untuk dibersihkan. Berikut adalah senarai 8 rumah kucing yang comel dan terlaris di Malaysia. (Dikemaskini 2023)
Contents • Isi Kandungan
1. Rumah Haiwan Bentuk Oktagon
- Menggunakan kain yang berkualiti tinggi dan jaring heksagon yang halus.
- Tidak mudah untuk dicalar dan mempunyai jangka hayat yang panjang.
- Mudah dibersihkan dan bahagian atas rumah boleh dibuka.
- Reka bentuknya yang boleh dilipat dapat menjimatkan ruang.
2. Rumah Kucing Tiga Segi
Rumah kucing berbentuk tiga segi yang ini terdapat dalam dua jenis warna iaitu Coklat dan Kelabu.
3. Rumah Kucing Bentuk Ikan Paus
Berbentuk seperti ikan paus dan terdapat dalam 2 warna, Biru dan Kelabu. Rumah ini boleh dicuci dan tidak membuatkan warnanya pudar.
4. Rumah Bentuk Kepala Kucing
Rumah kucing yang sangat comel ini lengkap dengan telinganya sekali! Kucing anda pasti selesa di dalamnya.
5. Rumah Khemah Kucing (Boleh Lipat)
Boleh dilipat dan menjimatkan ruang—rumah/khemah haiwan ini menyediakan tempat tidur yang selesa untuk kucing kesayangan anda.
6. Khemah Kucing ala Red Indian
Rumah ini rasanya diinspirasikan dari khemah kaum Red Indian di Amerika. Terdapat dalam tiga jenis warna dan corak.
7. Rumah Kucing Berbentuk Rumah Mini
Yang ini pula secara literal rumah mini untuk si kucing. Ada tiga jenis corak, dan boleh dibasuh.
8. Hammock Kucing (Tergantung)
Jenis ini perlu digantung—hammock untuk kucinglah katakan. Jangan risau, cangkuk dan ring ada disediakan untuk menggantung.
Rumah Kucing: Panduan Pembeli

Rumah kucing berfungsi sebagai tempat yang aman, tenang dan selesa agar haiwan peliharaan anda dapat berehat atau tidur. Setiap rumah kucing mempunyai ciri-ciri uniknya yang sendiri, dan berikut adalah faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan semasa membeli rumah kucing:
Kusyen Yang Boleh Ditanggalkan
Ada beberapa model rumah kucing yang menawarkan bantal atau kusyen di dalamnya. Jika perlu, carilah jenis yang boleh ditanggal atau dikeluarkan untuk tujuan pembersihan.
Boleh Dibasuh
Kekalkan kebersihan di tempat kediaman kucing anda dengan memilih rumah yang mudah untuk dibersihkan. Tetapi jangan lupa, pastikan juga rumah kucing anda diperbuat daripada material yang boleh dicuci supaya ia tidak rosak.
Fungsi Tambahan
Sekiranya anda mempunyai kucing yang aktif dan suka bermain, terdapat beberapa rumah kucing yang dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti terowong, kain berkerut, atau mainan tergantung yang semuanya direka untuk mendorong si kucing berinteraksi.
Cara Pemasangan
Ada rumah kucing yang agak sukar dipasang. Tetapi apa-apa pun yang penting pastikan ada panduan pemasangan yang dapat membantu anda melakukan kerja pemasangan dalam tempoh yang singkat. Rumah kucing yang lebih besar memerlukan masa lebih untuk disiapkan berbanding dengan yang kecil.
Pintu
Kucing yang penakut atau pemalu mungkin lebih sukakan rumah yang membolehkan mereka merasa terasing sepenuhnya dari dunia luar. Ada beberapa rumah yang mempunyai pintu kain yang boleh diikat, untuk privasi kucing anda.
Sesuai Untuk Kegunaan Di Luar
Rumah kucing untuk kegunaan luar biasanya diperbuat daripada material seperti mesh. Jika anda tidak mahu menyekat kebebasan si kucing, pilihlah rumah yang boleh digunakan di luar.
Mudah-Alih
Rumah kucing yang ringan dan mudah-alih dapat dibawa kemana-mana dan sangat berguna jika anda kerap berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.