Jangan fikir bahawa memiliki rak buku di rumah sangat remeh dan tidak penting, lebih-lebih lagi jika anda memiliki koleksi bahan bacaan seperti buku pelbagai genre, termasuklah majalah, jurnal, buku kanak-kanak dan sebagainya.
Bahan-bahan bacaan ini pasti akan bertambah dari masa ke semasa disebabkan oleh minat membaca dan keseronokan menggali ilmu.
Oleh kerana tidak ada rak buku di rumah, maka anda terpaksa meletak atau menyimpan koleksi bahan bacaan itu secara sembarangan dan berselerakan.
Koleksi buku atau apa juga jenis bahan bacaan yang diletakkan sembarangan boleh menyebabkan ia rosak akibat debu atau kotoran lain.
Justeru, jangan sampai buku-buku kesayangan anda itu jadi rosak atau hilang kerana diletakkan berserakan di rumah.
Dengan menyimpan koleksi bahan bacaan itu dalam rak, anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk mencarinya sewaktu memerlukannya.
Rak buku juga memudahkan proses menjaga dan membersihkan bahan-bahan bacaan, terutama sekali buku-buku kegemaran anak anda.
Penggunaan rak buku juga dianggap sebagai hiasan ruangan. Ruangan di dalam rumah akan kelihatan lebih luas dan memotivasi untuk membaca. Anda boleh memilih rak buku mengikut kesesuaian ruangan di rumah.
Contents • Isi Kandungan
- 1. Rak Buku Kanak2 Bertingkat Pelbagai Warna
- 2. Rak Buku Bertemakan Haiwan (Termasuk 2 Bakul)
- 3. Rak Buku Boleh-Putar 360 Darjah
- 4. Rak Buku Mini Bertemakan Haiwan Comel
- 5. Rak Buku Kanak2 Simple & Bertingkat
- 6. Rak Buku Bertemakan Awan dan Rainbow
- 7. Rak Buku Dengan Ruang Organizer
- 8. Rak Buku Boleh-Putar 360° Bertingkat
- 9. Kabinet Buku Kanak2 Jenama Yeya
- 10. Rak Buku Kecil Serbaguna Bertemakan Smiley