Sesuai dengan namanya, projektor mini (mini projector) adalah sebuah gajet visual kecil dan mudah-alih (portable) yang boleh dimuatkan ke dalam poket ataupun beg galas. Gajet ini memberikan impak yang besar ke dalam dunia hiburan digital dan mampu menawarkan kualiti pancaran visual yang jelas walaupun dengan saiz badannya yang kecil dan padat. Jika anda seorang kaki movie, cuba gunakan projektor mini dan alamilah suasana seolah-olah berada di dalam panggung wayang. Dari segi statistik, sebilangan besar belia ketika ini terlibat dalam aktiviti permainan digital. Dan tepat pada waktunya, projektor mini juga boleh diaplikasikan ke dalam aktiviti ini. Bayangkan bermain game kegemaran anda dengan paparan visual yang besar, ini sudah tentu akan memberikan pengalaman imersif yang luar biasa.
Kepada yang ingin menggunakannya bagi tujuan presentation, projektor mini adalah alat dan medium yang paling praktikal kerana ia mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja. Jika anda tengah merancang untuk membeli gajet yang menarik ini, sila lihat senarai 7 projector mini yang terbaik di Malaysia untuk membantu anda membuat pilihan tepat. (Dikemaskini pada tahun 2023)
Contents • Isi Kandungan
1. Mini Projector UNIC UC68
Spesifikasi:
- Resolusi: 800 x 480
- Kecerahan: 1200 Lumens
- Nisbah Kontras: 800: 1
- Kaedah Fokus: Manual
- Saiz Paparan: 34-130 inci
- Jenis Lampu: LED
- Sistem Operasi (OS): –
- Berat: 1.105 kg
2. Xiaomi Mijia Mini Projector
Spesifikasi:
- Resolusi: 1920 x 1080 (Full HD)
- Kecerahan: 500 ANSI Lumens
- Nisbah Kontras: 1200 : 1
- Kaedah Fokus: Auto
- Saiz Paparan: 120 inci
- Jenis Lampu: DLP (Digital Light Processing)
- Sistem Operasi (OS): –
- Berat: 1.3 kg
3. Mini Projector CS-03
Spesifikasi:
- Resolusi: 320 x 240
- Kecerahan: 400-600 Lumens
- Nisbah Kontras: 800: 1
- Kaedah Fokus: Manual
- Saiz Paparan: 24-60 inci
- Jenis Lampu: LED
- Sistem Operasi (OS): –
- Berat: 290g
4. Viewsonic M1 Mini Projector
Spesifikasi:
- Resolusi: 854 x 480 (WVGA)
- Kecerahan (Lumens): 120 LED / 50 ANSI
- Nisbah Kontras Dinamik: 120,000:1
- Kaedah Fokus: Manual
- Jenis Lampu: DLP LED
- Sistem Operasi (OS): –
- Berat: 300g
5. VISTEK A80/A10 Mini Projector
Spesifikasi:
- Resolusi: 800 x 480
- Kecerahan: 2500 Lumens
- Nisbah Kontras: 1000:1
- Kaedah Fokus: Manual
- Saiz Paparan: 32-150 inci
- Jenis Lampu: LCD
- Sistem Operasi (OS): Android
- Berat: 1.6kg (termasuk pakej)
6. Mini Projector YG-300
Spesifikasi:
- Resolusi: 320 x 240
- Kecerahan: 400 – 600 Lumens
- Nisbah Kontras: 800: 1
- Kaedah Fokus: Manual
- Saiz Paparan: 20 – 80 inci
- Jenis Lampu: LCD
- Sistem Operasi (OS): –
- Berat: 245g
7. VAMVO Mini Projector
Spesifikasi:
- Resolusi: 1280 x 720
- Kecerahan: 3800 Lumens
- Nisbah Kontras: 2000:1
- Kaedah Fokus: Manual
- Saiz Paparan: 44 – 200 inci
- Jenis Lampu: LED
- Sistem Operasi (OS): –
- Berat: 272g
Mini Projector: Panduan Pembeli

Seperti juga memilih peralatan audio visual yang lain, pengguna wajar melakukan sedikit kajian sebelum membuat keputusan untuk membeli sebuah projektor. Berikut adalah tips dan panduan yang anda boleh rujuk semasa memilih projektor mini yang ideal untuk anda.
Lumens (Kecerahan Projektor)
Hampir semua projector moden kini dilengkapi dengan rating yang dikenali sebagai ‘Lumens’. Anda mungkin tertanya-tanya; apakah itu Lumen? Lumens (plural bagi lumen) merujuk kepada kecerahan visual yang dapat dihasilkan oleh projektor tersebut. Semakin tinggi kadar lumens, maka gambar yang ditayangkan juga semakin cerah dan jelas. Jika anda ingin membuat ‘home theater’ sendiri di rumah, anda memerlukan sekurang-kurangnya projektor 1500 lumens untuk mendapatkan kualiti visual yang baik (ia juga sesuai dengan suasana malap dalam bilik). Untuk kegunaan di dalam bilik persidangan atau kuliah, projektor yang mempunyai minimum 2500 lumens adalah yang paling ideal.
Nisbah Kontras (Contrast Ratio)
Perkara kedua yang mempengaruhi paparan visual adalah yang dinamakan sebagai ‘Contrast Ration’ atau nisbah kontras. Nisbah kontras merupakan nilai yang digunakan untuk mengukur jumlah detail cahaya/warna antara putih terang dan hitam paling gelap. Lazimnya kontras yang mencukupi akan menjadikan teks lebih mudah dibaca dan imej pula lebih mudah difahami.
Resolusi
Sama seperti resolusi monitor televisyen atau komputer, projektor yang mempunyai resolusi yang tinggi mampu memberikan paparan visual yang lebih detail. Sebagai contoh, projektor yang mempunyai resolusi 1080p adalah lebih jelas daripada 720p yang kurang kepadatan pixel. Kebanyakan projektor mini ketika ini mempunyai resolusi di bawah 720p namun rata-rata pengguna masih berpuas hati dengan visual ditawarkan. Malah harganya juga jauh lebih murah berbanding projector berkeupayaan FullHD.
Sistem Operasi (OS)
Terdapat projektor yang tidak dilengkapi dengan sistem operasi dan hanya menerima data sepenuhnya melalui USB drive, handphone ataupun sambungan kabel ke laptop/PC. Jika anda ingin menggunakan projektor untuk menonton Netflix, Viu, iFlix ataupun YouTube tanpa bantuan peralatan-peralatan elektronik tadi, pilihlah projektor yang sudah siap diinstall dengan OS seperti Android. Walau bagaimanapun, projektor yang mempunyai OS biasanya adalah lebih mahal.
Berat
Sebahagian pengguna mungkin menitikberatkan soal berat jika ingin membawa projektor kesana-kemari atas urusan pekerjaan. Jika anda biasa berjalan dengan membawa komputer riba, mungkin tidak ada masalah untuk membawa projektor kecil ini kerana ianya lebih ringan berbanding kebanyakan laptop 14 inci. Sila rujuk bahagian spesifikasi teknikal di laman page ini untuk mengetahui berapakah berat unit untuk mana-mana projektor mini yang diminati.
Saiz dan Reka Bentuk
Bukan semua rekaan projektor mini di dalam senarai ini boleh diklasifikasikan sebagai alat yang mesra poket. Ada juga yang agak besar sedikit dan lebih sesuai diletakkan ke dalam beg galas. Namum dari segi saiz ia sememangnya masih kecil berbanding projektor konventional. Jika anda cenderung untuk menumpukan perhatian kepada sudut estetik alat ini, anda mungkin berminat dengan projektor Xiaomi Mijia Mini dan VAMVO yang memaparkan rekaan futuristik dan elegan.