12 Produk Pembersih Muka Popular Untuk Kulit Berjerawat & Sensitif

Kesesuian pembersih muka sangat bergantung kepada jenis kulit yang dimiliki. Tidak kiralah sama ada kulit kering, berjerawat ataupun berminyak. Sekiranya anda mempunyai masalah jerawat, produk pembersih muka yang sesuai boleh mengatasi masalah tersebut tanpa mengeringkan kulit. Walau bagaimanapun, disebabkan terdapat banyak produk pencuci muka yang dikeluarkan ketika ini, anda mungkin perlu mencuba lebih dari satu produk untuk mengenal pasti yang mana satukah yang paling sesuai untuk kulit anda. Di sini, disenaraikan 12 produk pembersih muka untuk kulit berjerawat dan sensitif yang anda boleh beli secara online di Malaysia. (Dikemaskini 2023)

1. Some By Mi 30 Days Miracle Acne Clear Foam

Atasi masalah jerawat anda dengan pembersih muka berkualiti keluaran Some By Mi. Produk pembersih muka untuk kulit berjerawat dari Korea Selatan ini menggabungkan tiga ‘exfoliants’ kimia seperti berikut:

  • AHA (Alpha Hydroxy Acid): Menghilangkan kotoran serta serpihan kering pada permukaan kulit.
  • BHA (Beta Hydroxy Acid): Membersihkan liang pori wajah yang tersumbat supaya kulit dapat bernafas.
  • PHA (Poly Hydroxy Acid): Memastikan kulit wajah tidak hilang kelembapannya serta melarutkan sel kulit mati.

Pembersih muka yang tidak memberikan sebarang iritasi pada kulit ini sangat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif. Lengkapkan dengan penggunaan toner dan serum keluaran Some By Mi untuk membantu anda mendapatkan kulit wajah yang diidamkan.

2. Garden of Eden Rosa T Mild Cleanser

Ideal untuk kulit yang sensitif dan mempunyai masalah jerawat—Rosa T Mild Cleanser merupakan produk pembersih muka yang sangat berkesan untuk membersihkan kulit secara mendalam tanpa mengeringkannya. Pembersih muka ini menggunakan agen pembersih yang berasaskan tumbuhan untuk menjadikan kulit anda lebih segar dan bersih. Ekstrak ‘witch hazel’ dan aloe vera yang terkandung di dalam produk ini berupaya mengawal penghasilan minyak pada kulit, melegakan rasa gatal-gatal, melembapkan dan menyegarkan kulit anda. Ekstrak aloe vera yang bermutu tinggi ini juga digunakan bagi tujuan menghidrat dan menenangkan kulit yang berjerawat.

3. La Roche Posay Effaclar Face Wash – Oily Acne-Prone Skin

La Roche-Posay—jenama yang mendapat rekomendasi ribuan pakar Dermatologi di seluruh dunia, menghasilkan produk pembersih muka berasaskan gel berbuih untuk menangani masalah kulit berminyak dan berjerawat. Produk ini dapat membersihkan kotoran dan minyak dengan lembut tanpa mempengaruhi keseimbangan pH pada kulit anda. Diformulasikan dengan Zinc Pidolate untuk membersihkan kulit dan membantu menghilangkan lebihan minyak pada kulit supaya ia kelihatan bersinar. Pembersih muka ini telah diuji secara klinikal dan sesuai untuk kulit yang berjerawat dan sensitif.

4. Azclear Action Foaming Wash

Azclear Action Foaming Wash adalah jawapan kepada masalah kulit wajah anda. Kulit yang terlalu berminyak akan menyebabkan pembiakan bakteria dan seterusnya menyumbat pori-pori sehingga ia menjadi merah dan bengkak. Pembersih berasaskan buih Azclear Action ini dapat menghilangkan bakteria, kotoran serta minyak yang berlebihan pada kulit. Produk yang bebas pewangi ini mengandungi gliserin agar kulit anda terasa lebih lembut.

5. Pyunkang Yul Acne Facial Cleanser

Sesuai untuk kulit yang sensitif dan cenderung jerawat, pembersih muka keluaran Pyunkang Yul dari Korea Selatan ini diformulasikan dengan bahan-bahan berikut:

  • Estrak kulit White Willow untuk menyahkan sel kulit mati.
  • Ekstrak buah Forsythia Suspensa untuk mengurangkan keradangan pada kulit.
  • Ekstrak Centella Asiatica untuk rejuvinasi kulit.

6. HIRUSCAR Anti-Acne Pore Purifying Cleanser

Hiruscar Anti-Acne amat sesuai untuk kulit sensitif dan yang cenderung untuk ditumbuhi jerawat. Produk ini hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti seperti ekstrak ragi, ekstrak biji kopi, dan Licorice. Pembersih muka ini tidak mengandungi sulfat, minyak dan pewarna. Produk ini juga mampu membersihkan kotoran secara mendalam tanpa mengeringkan kulit. Selain dapat mengekalkan kelembapan kulit, ia juga dapat menyingkirkan lebihan minyak dan kotoran pada kulit yang merupakan punca tumbuhnya jerawat.

7. Oxy Acne Wash

Bukan sekadar membersih, produk keluaran Oxy ini juga berkesan dalam menangani masalah jerawat. Ia mengandungi Triclosan yang mampu masuk ke dalam liang kulit untuk membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat. Selain membersih, produk ini akan menyingkirkan kotoran dan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Pembersihan kulit yang menyeluruh membantu dalam pengurangan pertumbuhan jerawat di muka.

8. SAFI Acne Solutions Clarifying 2-in-1 Cleanser

Pembersih muka SAFI diformulasikan dengan gabungan AHA, BHA & Neem yang membantu menghalang pembentukan jerawat baru untuk menjadikan kulit lebih licin dan halus. Neem adalah sejenis herba yang berasal dari pokok Neem. Herba ini dapat memudarkan parut, menenang dan mengelakkan sebarang iritasi kulit pada wajah.

9. BIOAQUA Skin Care Acne Face Treatment Removal Cleanser

Menggunakan bahan-bahan organik semulajadi, produk ini tidak mengeringkan ataupun menegangkan kulit, malah menjadikan kulit lebih bersih dan lembut selepas digunakan. Ia juga berupaya merawat kulit yang berjerawat serta mengawal keseimbangan hidro-lipid.

10. Neutrogena Oil-Free Acne Wash

Formula pembersih muka bebas minyak yang digunakan Neutrogena ini bukan sekadar mampu melakukan pembersihan lembut ke dalam liang pori, tetapi ia juga mengandungi Asid Salisilik yang berkesan menghilangkan dan mencegah pertumbuhan jerawat.

11. NuTeen Anti-Acne & Pimple Cleanser

Dirumuskan khas untuk golongan remaja, produk keluaran NuTeen ini mengandungi Asid Salisilik yang mempunyai sifat anti-bakteria untuk menangani jerawat. Diperkayakan dengan ekstrak Thanakha, cuka dan bahan semulajadi yang lain, ia amat berkesan untuk membersih dan menghilangkan lebihan minyak pada wajah tanpa mengeringkan kulit.

12. Cetaphil Redness Foaming Wash, Acne-Prone Skin

Produk dari Cetaphil ini telah terbukti secara klinikal dalam melegakan rasa terbakar, gatal-gatal, kemerahan dan kekeringan pada kulit. Pembersih muka ini juga mampu menghilangkan segala kotoran atau kesan solekan yang biasanya menyumbat liang pori di wajah. Dapatkan pembersihan yang optimum tanpa sebarang kesan kering di kulit.

Boleh dikatakan, hampir setiap tahun ada sahaja produk penjagaan kulit baru yang diperkenalkan. Ini memberikan kesukaran kepada konsumer di Malaysia untuk mengenal pasti produk yang manakah benar-benar memberi kesan positif terhadap masalah kulit mereka. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar dermatologi, tetapi berkemungkinan besar mereka akan menawarkan kit rawatan jerawat yang agak mahal. Memilih pembersih muka yang sesuai adalah penting kerana jika tersilap pilih, boleh menambahkan lagi masalah pada kulit anda. Mungkin dua tips di bawah ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat ketika membeli pembersih muka:

Kenal Pasti Jenis Kulit Anda

Setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza, dan kerana itu, bukan semua pembersih muka sesuai untuk dipakai. Inilah salah satu sebab kenapa ada banyak produk pembersih muka yang berada di pasaran ketika ini. Sekiranya anda ingin mendapatkan produk yang terbaik untuk anda, cuba kenal pasti jenis kulit anda terlebih dahulu. Jenis kulit terbahagi kepada 6 kategori iaitu: berminyak, berjerawat, kering, sensitif, kombinasi dan neutral/normal.

Bahan-bahan Yang Digunakan Dalam Produk

Cuba kenal pasti apa bahan-bahan atau formula yang digunakan dalam sesuatu produk. Produk yang dikatakan “non-comedogenic” dapat mengelakkan penyumbatan pori kulit dan jerawat yang bakal tumbuh. Bahan-bahan tipikal yang lain termasuk: AHA yang menghilangkan kotoran, BHA yang membersihkan liang pori dan PHA yang mengekalkan kelembapan kulit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *