11 Peti Sejuk Mini Terlaris

Jika anda menetap di rumah yang tidak mempunyai ruang yang luas, membeli peti sejuk bersaiz besar mungkin tidak sesuai kerana ia pasti akan memakan ruang. Kalau yang tinggal bersendirian pula, mungkin tidak memerlukan peti sejuk berkapasiti besar. Maka, adalah lebih ideal kalau beli sahaja peti sejuk mini. Selain daripada tidak memakan ruang, penggunaan tenaga elektriknya pun lebih rendah. Peti sejuk mini juga boleh disimpan di dalam bilik sendiri, jika malas untuk berulang-alik ke dapur.

Di sini, saya senaraikan 7 jenis peti sejuk mini yang terlaris jualannya di Malaysia. (Dikemaskini 2023)

Rujuk di bawah senarai halaman ini untuk baki 4 peti sejuk mini terlaris (kategori mudah-alih).

1. Hisense 60L

Reka bentuk padat dan tidak mengeluarkan bunyi kuat ketika beroperasi – itulah antara ciri-ciri peti sejuk mini berjenama Hisense ini. Selain mempunyai kapasiti sebanyak 60 liter, peti sejuk ini juga mampu untuk menyebarkan suhu sejuk secara rata di setiap sudut dalaman. Ini adalah salah satu ciri yang praktikal untuk mengekalkan kesejukan dan kesegaran makanan dan minuman di dalamnya. Teknologi ‘ultra-micro pore foaming’ yang digunakan peti sejuk ini sangat berkesan untuk mengurangkan risiko kehilangan udara sejuk. Pengeluaran karbon yang rendah juga menjadikan unit ini sebagai peralatan elektrik yang mesra alam.

Peti sejuk mini Hisense 60L ini adalah antara yang terlaris di Malaysia ketika ini.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 60 Liter
  • Berat: 13.5kg
  • Voltan (V): 220 – 240

2. Haier 50L

Peti sejuk mini Haier ini menawarkan penyejukan yang sangat efisien untuk makanan dan minuman anda. Unit ini mempunyai penebat atau insulasi 25% lebih tebal untuk menjamin pengekalan sejuk walaupun semasa ketiadaan elektrik di rumah. Malah unit ini juga mempunyai gasket anti-fungi yang mampu mencegah pembentukan kuman dan bakteria di bahagian lapisan pintu. Anda boleh mengeluarkan gasket tersebut untuk tujuan pembersihan jika perlu.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 50 Liter
  • Berat: 15.5kg

3. Sharp 60L

Peti sejuk mini jenama Sharp ini mempunyai kapasiti sebanyak 60L dan direka dengan bentuk yang elegan dan premium. Rekaan tempat sejuk beku di dalamnya tidak se-konvensional dua jenama di atas, ini kerana Sharp menawarkan ruang yang lebih kecil dan sempit. Tetapi disebabkan rekaan itu juga, rak di bawahnya menjadi lebih lebar dan luas. Satu kelebihan kepada sesiapa yang tidak mementingkan fungsi sejuk beku, tetapi memerlukan ruangan ekstra di rak pertama.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 60 Liter
  • Berat: 16.5kg

4. Midea MS-50 (50L)

Peti sejuk padat dan moden berjenama Midea ini menawarkan fungsi kawalan suhu mekanikal untuk penyejukkan yang efisien. Bahagian kaki boleh dilaraskan, malah pintunya juga boleh diterbalikkan (reversible door). Rekaan bahagian dalamannya pula boleh dikatakan agak konvensional, lebih kurang sama dengan jenama-jenama yang lain.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 50 Liter
  • Berat: 14.3kg

5. Morgan 50L

Kekalkan kesejukan dan kesegaran makanan dan minuman dengan lebih lama dengan peti sejuk mini jenama Morgan ini. Berkapasiti 50 liter, unit ini direka bebas daripada Klorofluorokarbon (CFC) – iaitu sejenis sebatian organik yang berbentuk gas mengandungi karbon, klorin dan fluorin. Dalam kata lain, peti sejuk ini memang mesra alam. Termostat peti sejuk ini juga boleh dilaraskan mengikut keperluan sendiri.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 50 Liter
  • Voltan (V): 220 – 240V~

6. Panasonic Mini Bar Fridge NR-AE51SH (50L)

Jenama kegemaran saya, Panasonic, juga menghasilkan peti sejuk mini yang berkualiti dan bebas CFC. Produk ini mempunyai pengawal suhu yang efisien untuk menjamin tahap kesejukan yang optimum. Panasonic Mini Bar Fridge juga menawarkan waranti selama 5 tahun untuk kompresornya.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 50 Liter
  • Voltan (V): 220 – 240V

7. Midea MS-93 (92L)

Kembali kepada jenama yang dikenali ramai iaitu Midea. Cuma kali ini, saiznya hampir dua kali ganda lebih besar daripada peti sejuk mini Midea MS-50 yang berkapasiti 50 liter. Saya senaraikan sahaja disini kerana saiznya tidaklah terlalu besar ataupun terlalu kecil. Manalah tahu ada yang berminat dengan peti sejuk mini ‘plus size’ ini. Keluasan bahagian dalamnya sudah tentulah lebih luas dan pasti dapat memuatkan lebih banyak barangan. Bagi kategori peti sejuk bersaiz medium, Midea MS-93 ini agak laris jualannya di Malaysia. Dan saya pasti ada kaitan dengan harganya yang agak rendah (harga lingkungan: RM43x – RM46x).

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 92 Liter
  • Berat: 19.8kg

Peti Sejuk ‘Ekstra’ Mini = Peti Sejuk Muda-alih

Mungkin ada sesetengah yang tengah mencari peti sejuk mini, tetapi ‘mini’ dalam erti kata lain ialah jenis yang mudah-alih (portable). Saiz dan kapasitinya pula jauh lebih kecil dan boleh diletakkan di dalam kenderaan. Cuma saya perlu ingatkan bahawa peti sejuk jenis ini tidaklah sesejuk seperti peti sejuk konvensional. Malah ada yang kata tidak mencapai 5°C pun. Walau apa pun, semua pilihan di tangan anda. Tidak salah untuk mencuba, bukan?

Oh ya, ada juga yang menggunakan peti sejuk mudah-alih untuk menyimpan barangan kosmetik seperti krim penjagaan kulit. Kepada kaum hawa, bolehlah tiru idea bernas ini.

Di sini saya senaraikan 4 jenis peti sejuk mudah-alih yang terlaris di Malaysia.

1. Mini Portable Cooler & Warmer (4L)

Peti sejuk mudah-alih dwi-fungsi ini mampu berfungsi sebagai penyejuk dan juga pemanas. Oleh kerana saiznya yang kecil dan ringan, ianya mudah untuk diletakkan di mana-mana sahaja yang anda mahu. Yang penting berdekatan dengan punca elektrik. Produk ini dikatakan mampu untuk mencapai suhu 15-25℃ lebih rendah daripada suhu bilik anda.

2. Mini Refrigerator 10L

Peti sejuk berkapasiti 10 liter ini juga mempunyai dua fungsi – penyejuk dan pemanas. Suhu yang mampu diturunkan adalah lebih kurang 20℃ lebih rendah daripada suhu sekitar anda. Produk ini juga dikatakan tidak mengeluarkan bunyi yang kuat ketika beroperasi.

3. Mini Portable Fridge (6L)

Sesuai diletak secara mendatar di rumah, ataupun di dalam kenderaan, peti sejuk mudah-alih serba putih ini mempunyai kapasiti sebanyak 6 liter. Ia juga mempunyai dua fungsi – penyejuk dan pemanas. Untuk menukar fungsi daripada penyejuk kepada pemanas, anda dinasihati untuk mematikan bekalan kuasa sekurang-kurangnya 30 minit sebelum memulakan pemanasan.

4. 8L Mini Fridge

Menampilkan rekaan yang unik dan moden, peti sejuk mini berkapasiti 8 liter ini memerlukan masa selama 1.5 jam untuk mencapai suhu penyejukan yang stabil. Seperti produk-produk di atas, unit ini juga mempunyai dua fungsi suhu. Salah satu kelebihan pada peti sejuk ini adalah dari segi estetik, dimana gabungan cermin gelap pada bahagian hadapan pintu menjadikan ia kelihatan lebih futuristik.

Kelebihan Peti Sejuk Mini

a) Bersaiz Kecil: Ramai yang memilih peti sejuk jenis ini kerana saiznya yang kecil dan tidak memakan ruang. Dari segi berat pula, ianya jauh lebih ringan dari peti sejuk berkapasiti besar, dan mudah untuk dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

b) Peti Sejuk Tambahan: Ada juga yang memilih peti sejuk mini sebagai tambahan kepada peti sejuk yang sedia ada. Mungkin peti sejuk besar sudah terlalu penuh, maka versi mini digunakan sebagai persediaan untuk menyimpan barangan yang berlebihan. Bagi yang berasa berat untuk berulang-alik ke dapur untuk mengambil makanan atau minuman dalam peti sejuk, tentunya lebih senang jika ada peti sejuk ekstra yang berdekatan – contohnya di dalam atau luar bilik tidur. Anda ada ‘home office’ di rumah? Letaklah satu peti sejuk mini di tempat tersebut.

c) Lebih Jimat: Kebanyakan peti sejuk mempunyai ciri penjimatan tenaga. Bagi yang sentiasa rimas dengan kedatangan bil elektrik terbaru, bertenanglah kerana harga bil anda tidak akan melambung tinggi.

d) Lebih Berkemampuan: Jika dibandingkan dengan harga peti sejuk besar, tentulah harga peti sejuk mini lebih murah kerana saiz dan kapasitinya yang kecil. Kerana hal ini juga, ramai yang mampu untuk membeli peti sejuk mini secara tunai.

Kekurangan Peti Sejuk Mini

a) Kapasiti Yang Kecil: Kelebihan peti sejuk mini itu terletak pada saiznya yang kecil, tetapi ironiknya saiz kecil itu juga boleh menjadi “kekurangan” pada peti sejuk itu. Bagi saya ia bergantung kepada tujuan, yang merancang untuk menyimpan barang yang banyak, carilah peti sejuk sesuai yang berkapasiti besar.

b) Ais Terkumpul: Lama-kelamaan, ais boleh terkumpul menjadi “bukit ais mini” di dalam kotak sejuk beku. Untuk masalah ini, digalakkan untuk mematikan sementara peti sejuk dan tunggu sehari untuk aisnya cair sampai habis. Jangan lupa untuk letak baldi di bawah untuk mengumpul titisan air dari ais yang cair tadi.

c) Kurang Tahap Kesejukan: Jika dibandingkan dengan peti sejuk besar, versi mini sebenarnya mempunyai tahap sejuk yang lebih rendah. Tetapi jangan risau, tahap kesejukan ini sangat bergantung kepada citarasa individu masing-masing. Ianya tidaklah ketara sangat.

d) Gelap: Kebanyakan peti sejuk versi mini tidak berlampu selepas pintunya dibuka.

e) Ruang Sejuk Beku Sempit: Tempat di mana anda boleh letak aiskrim atau sosej beku tidaklah seluas mana. Kena agak-agak ketika membeli makanan yang perlu dibeku, takut tidak muat pula.

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Peti Sejuk Mini

Apakah saiz peti sejuk mini yang sesuai bagi saya?

Berkenaan saiz, bergantunglah kepada kuantiti barang yang anda ingin simpan di dalam peti sejuk tersebut. Kalau anda merancang untuk menyimpan sedikit sahaja, mungkin kapasiti 50L pun sudah mencukupi. Kalau nak letak lebih, belilah yang berkapasiti lebih besar, contohnya 60L. Anda juga boleh beli peti sejuk yang ekstra mini dan mudah-alih jika barang yang anda ingin masukkan adalah sangat sedikit berbanding dengan kedua-dua contoh tadi.

Peti sejuk mini ni banyak guna elektrik tak?

Sebagai perbandingan, penggunaan elektrik peti sejuk mini adalah lebih rendah berbanding dengan peti sejuk bersaiz konvensional yang digunakan di kebanyakan rumah. Ia juga dipengaruhi dengan beberapa faktor lain – sebagai contoh; jenama, kadar suhu, umur dan kapasiti unit. Ciri unik seperti auto/manual ‘defrost’ (penyahsejuk beku) juga memainkan peranan dalam hal ini.

Secara anggaran, berapa lama peti sejuk mini boleh digunakan?

Kalau digunakan dengan baik dan dijaga dengan rapi, adalah lebih kurang dalam 10 hingga 14 tahun. Tetapi bergantung kepada kualiti peti sejuk itu juga. Saya cadangkan anda untuk mengkaji latar belakang pengilang untuk peti sejuk yang anda minat.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *