Pembakar Roti Panasonic (NT-GP1)

Sajikan hidangan roti panggang yang enak dan rangup dengan pembakar roti NT-GP1 keluaran Panasonic pada bila-bila masa yang anda mahu. Unit yang serba putih ini mempunyai reka bentuk yang minimalis dan berupaya untuk memanggang satu atau dua keping roti serentak. Terdapat lima tahap ‘browning’ atau bakar yang boleh diselaraskan mengikut citarasa masing-masing. Anda hanya perlu dail untuk memilih tahap browning—dan secara ringkasnya, lebih lama roti itu dipanggang, lebih perang dan ranguplah hasilnya. Lampu indikator yang bernyala menunjukkan bahawa proses memanggang sudahpun bermula. Juga terdapat ciri ‘extra lift’ untuk mengangkat roti yang bersaiz kecil—dengan ini anda tidak perlu lagi bersusah-payah mencungkil roti yang tenggelam dengan menggunakan garpu.

Spesifikasi Teknikal Pembakar Roti Panasonic NT-GP1

  • Penggunaan Tenaga: 680W
  • Kuantiti Kepingan Roti: 2
  • Butang Kawalan: Memanaskan semula (Reheating) / Defrosting / Cancel / Eject
  • Kawalan Bakar: Ya, melalui fungsi dail (5 Tahap)
  • Mempunyai fungsi ‘switch-off’ secara automatik.
  • Dimensi: 294mm x 188mm x 175mm
  • Berat: 1.2 kg

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *