Papan notis (juga dikenali sebagai papan buletin) adalah sejenis board yang digunakan untuk membuat memo, pengumuman, mesej dan mempamerkan hiasan. Ia merupakan cara yang mudah untuk memaparkan notis tentang acara akan datang ataupun mesej penting di sekitar rumah, pejabat atau sekolah.
Papan notis biasanya dibina daripada bingkai kayu, plastik atau besi yang memuatkan kepingan kotak/form board. Ia menyediakan ruang untuk anda melekat sebarang mesej supaya ia mudah dilihat. Pelbagai jenis notis, seperti maklumat am, pengumuman, nota peringatan, maklumat acara, dsb. yang boleh ditampal pada permukaan papan tersebut.
Untuk hiasan, anda boleh menyesuaikan rupa dan tema papan notis anda dengan memilih imej latar belakang mengikut citarasa warna dan kreativiti anda sendiri. Ia terdapat dalam pelbagai saiz, ada yang tinggi dan lebar, dan ada juga yang bersaiz mini, bergantunglah kepada keperluan masing-masing.
Berikut adalah senarai 8 jenis papan notis yang anda boleh beli secara online.
Contents • Isi Kandungan