Halaman yang cantik dan bersih selalunya menjadi tempat utama untuk kita beriadah. Ia juga dapat mendekatkan lagi diri kita dengan alam semula jadi. Dengan hanya berjalan-jalan atau berehat sebentar di halaman rumah atau kebun, seseorang pasti akan mendapat ketenangan dalam fikiran. Untuk mengekalkan halaman supaya ia sentiasa cantik dan rapi, anda memerlukan mesin pemotong rumput yang efisien. Tidak kiralah sama ada ianya untuk kegunaan persendirian ataupun sebagai servis, mungkin salah satu mesin pemotong rumput di bawah ini akan menjadi pilihan anda. Berikut adalah senarai 7 mesin pemotong rumput jenis tolak yang terlaris di Malaysia ketika ini. (Dikemaskini 2023)
Contents • Isi Kandungan
- 1. Mytools Hand Push Lawn Mower (Manual)
- 2. Ogawa LT20N Lawn Mower 52cc (Gasolin)
- 3. Black and Decker BEMW471BH (Elektrik)
- 4. Black and Decker BEMW451BH (Elektrik)
- 5. Mesin Rumput Tolak J.M.E 52cc (Gasolin)
- 6. Ogawa Lawn Mower Aluminium 19’’ AL19BG (Gasolin)
- 7. Briggs and Stratton 16” Lawn Mower (Gasolin)
- 8. Briggs and Stratton 20” Lawn Mower (Gasolin)
- 9. APACHE TurboCUT ZF6117 (Elektrik)
- 10. HUSQVARNA 54 Lawn Mower (Manual)
- Gas, Elektrik atau Manual
- Saiz Dek
- Saiz Roda
- Ciri-ciri Keselamatan dan Lain-lain
1. Mytools Hand Push Lawn Mower (Manual)
Rangka dibina dengan menggunakan keluli sepenuhnya. Alat ‘catcher’ pula diperbuat daripada plastik ringan yang dapat menampung muatan sebanyak 4 liter. Tidak perlu minyak/gas atau elektrik dan ianya mudah untuk diselenggarakan.
Spesifikasi:
- Kelebaran pemotongan: 300 mm / 12 “atau 400mm / 16”
- Ketinggian pemotongan: 17 mm – 31 mm
- Saiz roda: 205 mm
2. Ogawa LT20N Lawn Mower 52cc (Gasolin)
Ogawa LT20N mempunyai alat ganti yang mudah didapati dan merupakan mesin pemotong rumput yang ringan dan mudah dikendalikan. Disamping mempunyai roda galas yang besar, ia juga dilengkapi dengan spring yang berfungsi sebagai anti-getaran.
Spesifikasi:
- kapasiti tangki: 650ml
- Kuasa: 1.20kw/6500rpm
- Roda: 52cm
- Enjin: 2- stroke
- Berat bersih: 15.5kg
3. Black and Decker BEMW471BH (Elektrik)
Mesin pemotong rumput model BEMW471BH berjenama Black and Decker ini dikatakan mudah untuk dikendalikan disebabkan roda belakangnya yang besar. Reka bentuk hidungnya yang rendah memudahkan kemampuannya untuk bergerak biarpun di kawasan yang semak. Berikut adalah ciri-ciri utama mesin ini:
- EdgeMax: Memotong di tepi penghadang jalan, pagar atau pokok lebih mudah dengan ‘Edgemax’ kerana ia dapat menyalurkan rumput yang telah dikerat terus ke dalam kotak rumput di belakangnya.
- Teknologi E-Drive: Gabungan teknologi ini dengan motor berkuasa 1600W memastikan pemotongan yang sangat efisien walaupun di kawasan yang berumput panjang dan lembab.
Spesifikasi:
- Kuasa: 1600 W
- Lebar keratan: 34 cm
- Kapasiti kotak rumput: 45 Liter
- Ketinggian pemotongan: 20-70 mm
- Panjang kabel: 12 meter
4. Black and Decker BEMW451BH (Elektrik)
Satu lagi mesin keluaran Black and Decker dan kali ini untuk model BEMW451BH, saiznya lebih kecil dan kurang berkuasa berbanding model di atas. Ini disebabkan mesin ini hanya sesuai untuk digunakan di kawasan yang bersaiz kecil—yakni lebih kurang 300 meter persegi. Selain reka bentuknya yang ergonomik, ia juga diintegrasikan dengan ciri ‘Handle On Deck’ bagi memudahkan lagi pengemudian. Ia dilengkapi dengan indikator muatan beg yang intuitif, supaya anda dapat tahu sama ada kotaknya suda penuh dan perlu dikosongkan. Kotak rumput mesin ini mempunyai kapasiti sebanyak 35 Liter.
Spesifikasi:
- Kuasa: 1200 W
- Lebar keratan: 32 cm
- Kapasiti kotak rumput: 35 Liter
- Ketinggian pemotongan: 20-60 mm
- Panjang kabel: 10 meter
5. Mesin Rumput Tolak J.M.E 52cc (Gasolin)
Mesin rumput tolak keluaran J.M.E ini mempunyai engin berkuasa 52cc serta roda tayar yang besar untuk memudahkan pengemudian. Mesin ini menggunakan gasolin sebagai sumber tenaga dengan tangki minyak yang berisipadu 350ml.
Spesifikasi:
- Kuasa: 52cc
- Lebar keratan: 16 inci
- Diameter: 105 inci
- Berat: 10.5 kg
6. Ogawa Lawn Mower Aluminium 19’’ AL19BG (Gasolin)
- Dilengkapi dengan empat galas roda untuk ketahanan dan pengemudian yang efisien.
- Kotak rumput mempunyai kapasiti 40 liter untuk menampung keratan rumput yang lebih banyak.
- Ketinggian pemotongan yang boleh dilaraskan dalam lingkungan 25-85 mm / 10.
- Mudah dibersihkan dan tidak menghasilkan bunyi yang tinggi.
Spesifikasi:
- Kuasa: 140cc
- Roda: 8 inci (depan dan belakang)
- Berat bersih: 32-34 kg
7. Briggs and Stratton 16” Lawn Mower (Gasolin)
Mesin yang diperkasakan dengan enjin OHV Powermore 125cc ini sesuai digunakan di halaman yang bersaiz sederhana. Ia juga dibina dengan dek keluli 16 inci serta ketinggian yang boleh dilaraskan secara manual. Terdapat empat roda dan kesemuanya bersaiz 7 inci untuk pengemudian yang lebih mudah.
Spesifikasi:
- Kuasa: 125cc
- Diameter (inci): 12.8 x 11.5 x 9.5
- Berat: 9 kg
8. Briggs and Stratton 20” Lawn Mower (Gasolin)
Mesin yang menggunakan enjin 125cc Briggs & Stratton ini memberikan prestasi yang cemerlang dalam proses pemotongan rumput. Ia dilengkapi dengan pisau tahan karat untuk keratan yang konsisten setiap masa. Sama seperti versi 16” di atas, mesin ini juga mempunyai roda bersaiz 7 inci di depan dan belakang.
Spesifikasi:
- Kuasa: 125cc
- Kapasiti tangki: 0.8 Liter
- Berat: 9 kg
9. APACHE TurboCUT ZF6117 (Elektrik)
TurboCUT® ZF6117 buatan APACHE ini mampu menyelesaikan kerja halaman anda tanpa mengeluarkan karbon bertoksik. Diperkasakan dengan motor tanpa berus 1200W dan pisau keluli karbon yang tahan lama, APACHE TurboCUT ZF6117 ini dapat memotong dengan kelebaran 320mm di setiap laluan. Terdapat beg yang berkapasiti 35 liter di belakangnya untuk mengumpul rumput yang telah dipotong.
Spesifikasi:
- Lebar pemotongan: 320 mm
- Ketinggian pemotongan: 25 mm – 55 mm
10. HUSQVARNA 54 Lawn Mower (Manual)
Mesin pemotong tanpa enjin yang kukuh, sesuai untuk memotong rumput-rumput yang kecil. Mudah dikendalikan dan lasak.

Setiap mesin mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang tersendiri. Secara amnya, ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kawasan, keluasan halaman dan jenis rumput. Berikut adalah panduan ringkas untuk membantu anda memilih pemotong rumput yang sesuai untuk halaman atau kebun anda.
Gas, Elektrik atau Manual
Mesin pemotong rumput mempunyai perbezaan dari segi penggunaan kuasa. Misalnya, mesin yang menggunakan gasolin memerlukan lebih banyak tenaga berbanding mesin elektrik. Lebih banyak rumput yang perlu dipotong, lebih banyak gas yang diperlukan. Meskipun begitu, jika anda membuat servis memotong rumput, mesin yang menggunakan gas adalah lebih praktikal. Ini kerana jika anda memilih versi elektrik, mungkin agak payah untuk mendapatkan sumber kuasa. Tetapi tidak menjadi masalah untuk pemotong rumput gasolin kerana ianya mudah untuk di refill jika kehabisan gas.
Untuk pemotong rumput jenis manual pula, ianya lebih murah, selamat dan tidak mengeluarkan bunyi yang bising. Cuma ada beberapa kelemahan, seperti tidak sesuai untuk memotong rumput yang tinggi atau mencincang daun dan ranting.
Saiz Dek
Saiz dek menentukan berapa lebar bilah yang berada di dalam mesin pemotong anda. Dek yang besar bermaksud bilahnya juga besar. Kelebihan dek besar adalah kemampuannya untuk memotong rumput dengan lorong yang lebih lebar. Ini sekaligus dapat memendekkan lagi masa memotong rumput di suatu halaman.
Saiz Roda
Anda mungkin perlu mempertimbangkan saiz roda depan dan belakang mesin pemotong rumput. Jika anda merancang untuk memotong rumput di permukaan yang agak kasar, adalah lebih ideal untuk memilih mesin yang mempunyai roda belakang yang tinggi.
Ciri-ciri Keselamatan dan Lain-lain
Model mesin pemotong rumput yang terbaru biasanya mempunyai lebih banyak ciri-ciri keselamatan dan lebih mudah untuk dikendalikan daripada mesin pemotong rumput yang terdahulu. Kenal pasti apakah yang anda perlukan dan apakah ciri-ciri yang rasanya lebih bermanfaat untuk anda. Mesin yang padat dengan ciri-ciri terbaru tidak semestinya diperlukan—dan biasanya ia dijual dengan harga yang lebih mahal.