9 Mesin Polish Kereta Yang Terbaik & Terlaris

Ada pelbagai cara untuk mengekalkan kecantikan kereta anda seperti kereta baru. Cara popular yang diamalkan oleh kebanyakan pemilik kereta sekarang ialah dengan menggunakan mesin polish kereta atau car polish machine.

Penggunaan mesin polis kereta adalah untuk menghilangkan segala jenis kotoran dan kerosakan yang ada pada badan kereta seperti kesan minyak, gris, lecah tanah dan calar yang tidak dapat di hilangkan dengan membasuh secara biasa.

Ada mesin polish kereta menggunakan kuasa dan ada juga yang menggunakan bateri.

Jika anda berhasrat hendak membeli mesin polish kereta, pastikan juga anda mengambil perhatian tentang beberapa perkara, seperti memeriksa terlebih dahulu kualiti alat tersebut, memilih julat kelajuan (speed range). Kebanyakan mesin polish kereta mempunyai kelajuan antara 600 rpm ke 3000 rpm.

Sebaiknya anda mencuba alat mesin polish kereta itu terlebih dahulu sebelum membuat pembelian, bagi memastikan keselesaan penggunaannya kelak, terutama dari segi bentuk, saiz dan berat.

1. Daewoo 7″ Car Polisher 1400w DACP1400

  • Mesin polish jenama Daewoo ini dilengkapi dengan kelajuan berubah-ubah (skala 1–6).
  • Ia mempunyai kelajuan motor 1400w dan rendah dari aspek getaran.
  • Sesuai untuk kegunaan kediaman dan komersil.

2. Dewalt DWP849X-B1 1250W 7 / 180mm Polisher

  • Dibina sepenuhnya daripada ‘ball bearings' untuk jangka hayat dan prestasi yang panjang.
  • Pengguna boleh melaraskan kelajuan maksimum dari sifar kepada 600 / 3500 rpm untuk pelbagai aplikasi.
  • Modul ini mampu mengekalkan kelajuan yang telah ditentukan, menghasilkan hasil polish yang lebih baik.

3. BLACK & DECKER KP600 60W Waxer / Polisher

Mesin Black+Decker KP600 ini mempunyai keupayaan untuk menggilap serta waxing, memberikannya dua fungsi utama dalam satu alat. Ia menampilkan fungsi orbit rawak (random orbit) untuk penggilapan yang lebih sempurna.

4. Mesin Polish Kereta Versi Mini

  • Mesin ini mempunyai reka bentuk yang ringan, mudah-alih, serta mudah untuk dikendalikan.
  • Ia mempunyai tiga cakera penggilap melekat sendiri.
  • Menampilkan transmisi gear bunyi rendah, ketepatan yang dipertingkatkan dan badan yang ringan.

5. Wately Car Polisher (600 watts WE8273)

Wately WE8273 ialah mesin elektrik berkuasa 600 watt yang sesuai untuk menggilap kereta, peralatan logam dan banyak lagi. Wately WE8273 berpusing pada 600 rpm pada kelajuan rendah (tahap 1) dan sehingga 4,000 rpm pada kelajuan tinggi (tahap 6).

6. SONCO Car Polisher 800W

Mesin penggilap 800 watt ini boleh digunakan untuk pelbagai tugasan lain, termasuklah proses waxing untuk peralatan besi, perabot, batu jed dan banyak lagi. Ia mempunyai sistem ‘grinding' dan transmisi gear yang hanya menghasilkan bunyi yang rendah.

7. ALLEFIX 7″ Angle Polisher

Alat penggilap elektrik berkuasa 1200w ini mempunyai 7 tahap kelajuan (600 sehingga 3000 rpm), dan ianya mudah untuk dikendalikan. Mesin ini sesuai untuk digunakan pada kereta, perabot, dan sebagainya. Pemegang tambahan turut disertakan untuk kawalan yang lebih baik dalam pelbagai aplikasi.

8. Nexus 220V Car Polisher

Mesin ini dibina dengan menggunakan motor berasaskan copper dengan kuasa sebanyak 1250 watts. Keperluan yang berbeza boleh dipenuhi dengan hanya melaraskan tahap kelajuan (6-speed) dan kedudukan gear.

9. 4″ Car Polish Machine (1200W)

Alat ini sesuai untuk mengilap permukaan kenderaan dan juga tugas mengampelas atau ‘sanding'. Kawalan kelajuan berubah-ubahnya mampu mengekalkan kadar RPM yang sekata walaupun ketika menggunakan tekanan yang lebih ketika menggilap.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *