Mesin Basuh Sharp 12kg (Auto & Semi)

Terdapat dua jenis mesin basuh jenis ‘top-load’ 12kg buatan Sharp iaitu: ESX1278 (Fully Auto) dan EST1216 (Semi-Auto). Masing-masing mempunyai kelebihannya tersendiri dan perbezaan ketara antara kedua-dua jenis mesin ini hanyalah dari segi fungsi dan pengendalian. Secara ringkasnya, aktiviti membasuh kain menjadi lebih mudah dan lancar jika menggunakan mesin basuh automatik sepenuhnya berbanding jenis semi-automatik yang perlu melalui beberapa “fasa” tertentu.

Berikut adalah penerangan pendek berkaitan ciri-ciri serta spesifikasi teknikal untuk mesin basuh Sharp ESX1278 dan EST1216.

Mesin Basuh Sharp 12 kg ESX1278 (Fully-Automatic)

Unit ini mempunyai sistem pintar yang dinamakan sebagai ‘Intelligent Water Fall System’ dimana ia dapat mengalirkan air dari tiga arah dengan deras untuk meningkatkan kadar larutan sabun jenis cecair ataupun serbuk. Sistem ini mampu mengurangkan residu sabun pada pakaian yang boleh menyebabkan alergi atau kerengsaan pada kulit. Jangan risau jika ada gangguan bekalan elektrik di rumah kerana mesin basuh ini akan menyambung kembali aktivitinya secara automatik ketika elektrik sudah ada. Mesin ini dilengkapi dengan lima program mencuci iaitu: Standard, Heavy, Gentle, Quick Wash, Tub Clean.

Spesifikasi Teknikal:

  • Kapasiti Ruang Membasuh: 12Kg
  • Penggunaan Tenaga: 560w
  • Dimensi: 610 x 985 x 630 mm
  • Berat: 43kg

Mesin Basuh Sharp 12 kg EST1216 (Semi-Automatic)

Mesin basuh separa automatik ini mempunyai 3 program membasuh iaitu: Normal, Gentle, Soak Wash. Pengguna boleh memilih masa membasuh dan masa putaran dengan hanya memutarkan dial. Badan mesin diperbuat daripada bahan plastik untuk mengelakkannya daripada berkarat setelah lama digunakan. Ia juga mempunyai penapis yang efektif untuk menyahkan serat atau ‘lint’.

Spesifikasi Teknikal:

  • Kapasiti Ruang Membasuh: 12Kg (Tenaga yang digunakan: 550w)
  • Kapasiti Ruang Putaran: 7.5Kg (Tenaga yang digunakan: 230w)
  • Dimensi: 890 x 1045 x 535 mm
  • Berat: 28.5kg

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *