Mesin Basuh Panasonic 14 Kg (NA-FS14V7SRT)

Mesin basuh automatik berjenama Panasonic ini padat dengan ciri-ciri teknologi yang inovatif bagi memberikan manfaat serta nilai yang lebih baik kepada penggunanya. Lengkap dengan sistem ‘Active Foam’ yang mampu membersihkan kotoran halus dimana buih yang banyak dan padat akan dihasilkan untuk menyahkan kotoran tersebut secara efektif. Mesin ini juga dilengkapi dengan ‘Laundry Load Sensor’ yang dapat menjimatkan penggunaan air dimana ia hanya akan mengisi air mengikut kadar muatan kain yang dimasukkan. Dengan adanya sistem yang berguna ini, pembaziran air terus dapat dielakkan—malah bil air juga tidak lagi meningkat.

Reka bentuknya yang ergonomik serta ruang muatan yang luas membolehkan segala urusan mengisi dan memunggah dapat dilakukan dengan lancar. Panel kawalan moden yang bercirikan sesentuh ‘electrostatic’ diletakkan di bahagian strategik untuk menjadikannya lebih mudah digunakan biarpun ketika penutupnya dibuka.

Spesifikasi Teknikal Mesin Basuh Panasonic 14 Kg (NA-FS14V7SRT)

  • Kapasiti Muatan: 14 kg
  • Jenis Mesin: Top-Loading (muatan bahagian atas) bersama Inverter yang boleh menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
  • Dilengkapi dengan teknologi ‘StainMaster+’ dengan ‘Dual Power Cascade’ untuk menyahkan kotoran secara intensif.
  • Terdapat ‘ActiveFoam System’ iaitu sistem pengaktif/penghasil buih yang dapat menanggalkan kotoran degil pada pakaian.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *