Selain peti sejuk, mesin basuh juga merupakan salah satu perkakas elektrik yang sering digunakan dan disimpan untuk tempoh jangka masa yang lama. Mesin basuh menjadikan rutin membersih seharian kita lebih mudah dan efisien. Hanya masukkan pakaian, letak detergen dan penuhkan air. Selang beberapa ketika, pakaian tadi akan menjadi bersih dan hanya perlu dijemur. Mesin basuh juga hanya memerlukan penyelenggaraan yang minimum jika dijaga dan digunakan dengan elok. Ketika ini terdapat pelbagai saiz dan jenama mesin basuh yang berada di pasaran. Jika anda merancang untuk membeli sebuah, sila rujuk artikel di bawah untuk melihat senarai 8 mesin basuh murah (harga dibawah RM800) yang berkualiti dan terlaris di Malaysia. (Artikel dikemaskini pada tahun 2022)

1. Midea MSW-6008P Semi-Auto (Harga: RM 2xx)

Mesin basuh semi automatik berjenama Midea ini mempunyai dua tab. Tab di sebelah kiri digunakan untuk mencuci, membilas dan merendam pakaian. Manakala tab di sebelah kanan pula digunakan untuk mengeringkan pakaian yang baru dicuci. Dari segi kapasiti, tab mencuci dapat menampung sebanyak 3.6kg, dan 2kg untuk tab putaran. Tempoh mencuci adalah dalam masa 15 minit dan 5 minit untuk pengeringan. Mesin basuh yang mempunyai berat bersih sekitar 18kg ini dikuasai dengan motor putaran yang berkelajuan 1350 rpm. Hos air masuk disediakan sekali di dalam pakej bagi memudahkan anda menyambung terus ke punca air.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 735x845x430
  • Berat Kasar/Bersih: 20.5/18kg
  • Kelajuan Putaran: 1350 rpm
  • Paras Air Maksimum: 55 Liter

2. Midea 7.5Kg MFW-EC750 Fully Auto (Harga: RM 5xx)

Mesin basuh berwarna kelabu berjenama Midea ini mempunyai kapasiti sebanyak 7.5 kilogram dan satu tab mencuci. Dilengkapi dengan beberapa ciri yang menarik—salah satunya adalah yang dinamakan ‘3D Waterfall Current’ dimana ia dapat membantu membersihkan pakaian anda dengan lebih menyeluruh. Melalui sistem kawalan logik ‘Fuzzy’ pula, mesin ini dapat mengetahui jumlah air yang diperlukan untuk disesuaikan dengan beban cucian. Juga terdapat kunci keselamatan kanak-kanak (child lock) untuk melindungi anak anda semasa proses cucian.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 515 x 900 x 525mm
  • Berat Kasar/Bersih: 29kg
  • Kelajuan Putaran: 700 rpm

3. Sharp 7Kg ES718X Fully Auto (Harga: RM 6xx)

Mesin basuh berjenama Sharp ini memiliki sistem ‘waterfall’ pintar yang dapat mengalirkan air di dalam tab dari 3 arah yang berbeza. Dengan adanya sistem ini, cucian akan menjadi lebih bersih setelah melalui proses pembasuhan yang intensif. Seperti mesin basuh yang lain, Sharp ES718X yang berkapasiti 7 kilogram ini juga dilengkapi dengan sensor kawalan Fuzzy yang mampu mengesan jenis kain bagi memastikan pencucian yang lebih optimum.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 530 x 911 x 550
  • Berat Kasar/Bersih: 29kg
  • Kelajuan Putaran: 700 rpm

4. Pensonic PWS-6004 6kg Semi-Auto (Harga: RM 3xx)

Pensonic PWS-6004 mempunyai dua fungsi tab berkembar dan kapasiti sebanyak 6kg bahagian tab mencuci, dan 3.6kg untuk putaran. Dua fungsi ini mampu menjimatkan masa dimana anda dapat menggunakan tab pencuci dan pemutar secara serentak. Antara ciri-ciri lain termasuk fungsi keselamatan pemutar (akan berhenti berputar semasa penutupnya dibuka), dan panel kawalan yang mesra pengguna. Badan (luaran) mesin ini diperbuat daripada plastik, maka tidak ada isu karat.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 430 x 735 x 845mm
  • Kapasiti Mencuci: 6.0kg
  • Kapasiti Putaran: 3.6kg

5. Toshiba AW-F820SM Fully Auto 7.2Kg (Harga: RM 3xx)

Mesin basuh automatik Toshiba AW-F820SM ini direka sebagai mesin yang mudah digunakan, dengan setiap cirinya yang pasti akan memberi manfaat kepada pengguna dalam setiap aktiviti cucian. Mesin ini dilengkapi dengan ‘Hydro Power Wash’ yang membolehkan pencucian mendalam dan menyeluruh bagi membantu menghilangkan kotoran degil pada kain. Melalui sistem ‘Circular Air Intake’, mesin basuh ini akan menyedut udara dari semua arah ke dalam mesin untuk mempercepatkan lagi proses pengeringan ketika proses putaran.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 555 x 590 x 905mm
  • Kapasiti Mencuci: 7.2kg

6. Khind 8kg Fully Auto WM818A (Harga: RM 6xx)

Dengan mesin basuh automatik penuh keluaran Khind ini, anda akan dapat melihat prestasi pencucian yang lebih baik dan segar setiap masa. Pergerakan aliran airnya yang datang dari pelbagai arah akan memasuki setiap sudut kain yang dicuci untuk pembersihan yang menyeluruh. Rekaan kawalan intuitif yang senang difahami membolehkan mesin ini begitu mudah digunakan, walaupun bagi pengguna yang baru. Antara ciri lain yang terdapat pada mesin basuh Khind ini ialah ‘Tub Self-Clean’ dimana ia boleh membersihkan sendiri tab di dalamnya tanpa memerlukan pembersihan manual.

Spesifikasi:

  • Kapasiti Mencuci: 8kg
  • Berat: 34.05kg
  • Warna: Putih

7. Daewoo DWF-T8527EDG / DWF-T8527ELC 8kg Fully Auto (Harga: RM 6xx)

Mesin basuh berjenama Daewoo keluaran Korea ini lengkap dengan pelbagai fungsi yang menarik. Selain mempunyai panel kawalan yang intuitif, mesin ini juga mempunyai ‘Magic Filter‘ iaitu sejenis penapis yang dapat memerangkap kotoran halus dalam air. Selain daripada rekaan estetik yang langsing, bukaan luas pada bahagian penutup di atas membolehkan pengguna memuat dan memunggah cucian dengan lebih mudah. Jika tidak ada sebarang operasi yang berlaku untuk jangka waktu yang tertentu, mesin ini akan menyahaktifkan diri secara automatik.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 525x948x535 mm
  • Kapasiti Mencuci: 8kg

8. Samsung 7.0KG WA70H4000SG/FQ (Harga: RM 6xx)

Padat dengan ciri-ciri yang inovatif, mesin basuh keluaran Samsung yang berkapasiti 7 kilogram ini mempunyai sistem pengeringan canggih yang dinamakan ‘Air Turbo Drying System’ untuk mengeringkan cucian anda dengan lebih pantas. Dilengkapi dengan teknologi ‘Double Storm Pulsator’ yang menghasilkan dua aliran air yang deras untuk pembersihan yang lebih berkesan. Reka bentuk unik drum yang dipanggil ‘Diamond Drum’ dapat mengelakkan pakaian anda daripada menjadi kusut ataupun rosak.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 540 x 850 x 560 mm
  • Kapasiti Mencuci: 7kg

Ciri-ciri Yang Perlu Diambil Kira Pada Mesin Basuh

Sebelum membuat sebarang pembelian, pastikan anda mempunyai cukup pengetahuan tentang keperluan rutin cucian anda. Sekiranya ini bukan kali pertama anda membeli mesin basuh, perhatikan apa ciri-ciri yang anda kurang minat (atau tidak perlu) pada mesin basuh lama anda. Bagi yang baru pertama kali membeli mesin basuh, mungkin beberapa tips di bawah ini dapat membantu anda mencari mesin basuh yang paling ideal.

Kapasiti

Anda pasti tidak mempunyai isu untuk mencari kapasiti yang diperlukan kerana kini terdapat pelbagai saiz mesin basuh yang telah diperkenalkan—bermula dari kapasiti 5kg hinggalah 18kg. Mesin basuh berkapasiti besar sangat sesuai untuk membasuh fabrik besar seperti cadar katil atau selimut—malah ia juga sesuai kepada yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada kita semua hanya memerlukan saiz sederhana, iaitu yang berkapasiti 6-7kg sahaja. Mesin basuh yang berkapasiti sederhana secara komparatif lebih murah dan tidak memerlukan penggunaan air dan elektrik yang banyak.

Kelajuan Putaran

Secara purata kelajuan putaran adalah dalam sekitar 800 sehingga 1600 pusingan seminit (rpm). Maka pastikan anda memilih mesin basuh dimana kelajuannya boleh dilaraskan untuk disesuaikan dengan jenis fabrik. Sebagai contoh, fabrik berbulu atau yang halus memerlukan putaran yang lebih perlahan. Putaran yang lebih pantas pula lebih efisien untuk mengeluarkan lebih banyak kelembapan dari kain—dan ini sekaligus dapat mempercepatkan lagi masa pengeringan.

Penggunaan Air

Mesin basuh jenis muatan hadapan (front loader) memerlukan isi padu air yang lebih rendah berbanding jenis muatan atas (top loader). Malah anda juga tidak perlu menggunakan detergen yang banyak. Walau bagaimanapun, dari segi harga, jenis ‘front loader’ ini biasanya agak mahal sedikit.

Penggunaan Tenaga Elektrik

Mungkin anda pernah ternampak label ‘Energy Star’ pada mana-mana produk perkakas elektrik. Jika mesin basuh yang anda pilih diberi penarafan tersebut, ini bermakna perkakas itu mempunyai tahap kecekapan penggunaan tenaga yang tertentu. Sebagai contoh, 5 bintang bermaksud sangat cekap, dan 1 bintang bermaksud paling kurang cekap. Sebagai kesimpulan, lagi tinggi ratingnya, lagi rendahlah penggunaan elektriknya.

Tahap Kebisingan

Piawaian universal mengukur tahap kebisingan dalam bentuk desibel (dB). Jika rendah tahap desibelnya, maka rendahlah juga bunyi yang dihasilkan. Satu petua untuk mengurangkan kebisingan ialah dengan meletakkan mesin basuh anda di lantai yang sangat rata untuk mengurangkan getaran.

Bilangan Pratetap (Presets)

Sebilangan besar mesin basuh ketika ini menampilkan 7 hingga 20 fungsi pratetap. Walau bagaimanapun, majoriti pengguna hanya menggunakan fungsi 7 pratetap yang asas. Model mesin basuh yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi pratetap adalah lebih mahal. Bagi saya, bilangan pratetap yang asas itu pun sudah memadai untuk membersihkan pakaian secara efektif.

Ciri-ciri Unik Yang Lain

Ketika ini ada banyak model mesin basuh yang menerapkan fungsi keselamatan seperti ‘Child Lock’ untuk mencegah kemalangan yang tidak diingini. Ada juga yang dilengkapi dengan sistem anti-kebocoran dimana motor pam akan dimatikan secara automatik jika berlaku kebocoran.