10 Jenis Lesung Batu Moden Yg Menarik Utk Dimiliki

Inilah lesung batu, salah satu peralatan dapur yang asas dan masih popular dari dahulu hingga sekarang.

Pendek kata, lesung batu merupakan satu kemestian hampir setiap rumah untuk memilikinya.

Lesung batu digunakan untuk menumbuk ramuan untuk memasak pelbagai juadah seperti sambal belacan atau bahan masakan dan juga ubat-ubatan.

Lesung batu sememangnya bukan sahaja sangat popular digunakan oleh masyarakat Malaysia tetapi di AsiaTenggara dan juga di barat yang memanggilnya ‘mortar and pestle’ dan mempunyai kegunaan yang hampir serupa mengikut budaya masyarakat setempat.

Walaupun bahan yang digunakan untuk membuat lesung batu berbeza tetapi bentuk rekaannya hampir sama serta dibuat dalam pelbagai saiz. Biasanya lesung batu tidak mudah pecah atau rapuh.

Penggunaan lesung batu mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa elektrik. Satu lagi keunikan lesung batu ialah kebolehannya menyerap dan menguatkan kembali rasa bahan-bahan yang ditumbuk.

Apabila anda selesai menggunakan lesung batu, telungkupkan alat ini selepas dibasuh supaya tiada air bertakung di bawahnya. Lebih baik lagi, bersihkannya menggunakan garam untuk mengekalkan ketajamannya.

Berikut adalah senarai lesung batu moden yang mungkin anda mahu jadikan sebagai koleksi baru di dalam dapur anda.

1. Lesung Granite Marble & Rose Copper Gold

2. Lesung Stainless Steel Dengan Penutup

3. Lesung Batu Dengan Getah Pad Non-Slip

4. Lesung Marble IKEA ÄDELSTEN

5. Lesung Seramik Pink Degan Penumbuk Kayu

6. Lesung Plastik (Ringan dan Sesuai Utk Tumbuk Bahan2 Rempah)

7. Lesung Kayu (Diperbuat Daripada Bahan Resin)

8. Lesung Batu Mini Granit Asli

9. Lesung Batu Marble Buatan JEmarble

10. Lesung Moden Nordic Dengan Penutup

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *