Adakah anda berfikir bahawa memasang langsir di dapur tidak penting?
Sebenarnya ia bukan sahaja penting tetapi memang sudah menjadi satu keperlukan. Lazimnya setiap dapur dalam mana-mana rumah dihiasi dengan langsir dan ada juga yang menggunakan blinds atau penghadang cahaya.
Memasang langsir atau blinds di dapur adalah pilihan peribadi, namun harus diingat bahawa dapur adalah tempat yang terdedah kepada tumpahan makanan, kelembapan dan juga dimana privasi dan pencahayaan mungkin suatu kebimbangan.
Langsir adalah satu jenis penutup tingkap tradisional yang boleh menambah gaya, dan adalah lebih baik memasang langsir pada tingkap dapur sekiranya tingkap itu panjang, mempunyai rekabentuk yang terbuka atau bentuknya ganjil.
Justeru, anda perlu bijak memilik stail langsir yang bersesuaian untuk tingkap dapur anda, samaada ia panjang paras lantai, panel atau dilipat oleh gelung.
Ringkasnya, anda pilihlah langsir yang paling sesuai berdasarkan bentuk, stail dan kedudukan tingkap dapur anda.
Contents • Isi Kandungan
- 1. Langsir Zebra Moden
- 2. Langsir Dapur Pelbagai Corak
- 3. Langsir Bawah Kabinet Dapur
- 4. Langsir Moden Bergulung (Sistem Rantaian Mutiara)
- 5. Langsir Pendek Nordic
- 6. Langsir Pintu Style Western
- 7. Langsir Bawah Sinki/Kabinet Dapur
- 8. Langsir Plastik Penebat Haba Atau Bau
- 9. Anak Langsir Pelbagai Corak & Warna
- 10. Langsir Dapur Jenis Lace