15 Lampu Solar Menarik Utk Taman Atau Luar Rumah

Penggunaan lampu solar adalah alternatif yang boleh menjimatkan bil elektrik. Lampu solar digunakan sebagai tenaga elektrik kerana menggunakan sumber tenaga yang tidak terbatas dari cahaya matahari.

Lampu solar adalah alatan yang boleh menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik dengan kaedah photovoltaic (PV) dengan panel solar.

Untuk pengetahuan anda, panel tidak boleh simpan tenaga, jadi lampu solar kena ada bateri dan bateri inilah yang akan menyimpan tenaga yang dijana panel dalam lampu solar supaya anda tidak perlu sambungkan bekalan elektrik ke lampu.

Tenaga solar dari matahari adalah sumber tenaga boleh diperbaharui. Maknanya, selagi di kawasan itu menerima cahaya matahari, selagi itu boleh dijana dan digunakan.

Anda boleh memilih pelbagai jenis lampu seperti lampu solar limpah (solar floodlight atau spotlight, lampu solar gate, lampu solar jalan, lampu solar taman, lampu solar dengan remote control, lampu solar tembok (solar garden light), lampu solar pacak, lampu solar berwarna-warni (colourful), lampu solar hiasan dinding, lampu solar pelita raya dan lampu solar gantung.

Pastikan anda membeli lampu solar mengikut kesesuaian tempat penggunaan.

1. Lampu Solar Dinding 3 Mod (4-Sided)

2. Lampu Solar Dengan Sensor Pergerakan (20 – 48 LED)

3. Lampu Solar LED Jenis Tiang Waterproof

4. Lampu Solar Taman (Tahan Karat)

5. Solar Powered LED Wall-Mount

6. Outdoor Solar Fairy Light (12 – 22m)

7. Lampu Solar Dinding (36 LED)

8. Street Lights Solar LED

9. Lampu Solar Dinding + Remote Control

10. LED Solar Underground

11. Lampu Solar Dinding Waterproof

12. Outdoor Round Ball-Shape Solar Light

13. Outdoor Pathway Solar Light IP65

14. Lampu Solar Dengan Kawalan Mod Warna Cahaya

15. Lampu Solar 128 LED/COB + Motion Sensor

Ciri-ciri Lazim Lampu Solar

Ramai orang sudah mula menyedari akan kepentingan sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar. Lampu ini menggunakan kuasa tenaga suria yang diserap melalui panel solar yang terbina padanya. Panel ini akan menyerap cahaya matahari dan seterusnya disimpan ke dalam bateri.

Lampu solar biasa disertakan dengan sensor yang direka untuk mengesan kegelapan dengan cepat. Sebagai contoh, apabila tiba waktu malam, lampu akan menyala secara automatik. Begitu juga, apabila matahari terbit semula, cahayanya akan terpadam. Terdapat juga beberapa jenis lampu yang mempunyai sensor gerakan atau ‘motion detector'. Sensor khas ini mampu mengesan pergerakan dan akan hanya menghidupkan lampu setelah ia mengesan pergerakan.

Lampu solar juga boleh didapati dalam pelbagai reka bentuk dan gaya. Reka bentuk ini lazimnya berdasarkan trend semasa. Ketika ini, terdapat banyak pilihan lampu solar di pasaran, dan anda hanya perlu memilih tiang lampu yang memenuhi keperluan anda.

Lampu solar juga dapat mencantikkan pemandangan di luar rumah atau taman anda. Ini boleh menjadi penyebab mengapa lampu ini dijual dengan laris sekali. Lampu ini juga sangat terang. Anda boleh menggunakan lampu ini untuk menerangi laluan jalan yang gelap serta kawasan lain yang memerlukan pencahayaan.

Terdapat pelbagai faktor yang telah menyumbang kepada populariti lampu ini. Sebagai permulaan, lampu ini sangat mudah dipasang. Hasilnya, sesiapa sahaja termasuk suri rumah juga boleh memasang lampu ini. Bergantung kepada rekaan dan berapa unit yang anda perlukan, harga seunit lampu ini tidaklah begitu mahal. Lampu ini mempunyai harga yang berpatutan dan akan membantu anda menjimatkan wang dalam jangka masa panjang. Tambahan pula, lampu ini dikuasakan oleh tenaga suria, yang sememangnya percuma.

Dari sudut alam sekitar, adalah penting untuk kita mengurangkan jejak karbon. Dalam hal ini, lampu solar dapat membantu anda mengurangkan penggunaan tenaga. Menurut pakar, lampu ini memberi kesan positif kepada alam sekitar.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *