Kipas siling boleh dikatakan sebagai satu alat kemestian untuk kebanyakan rumah di Malaysia. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai pengganti kepada penghawa dingin jika udara semasa tidak terlalu panas. Jika sudah ada penghawa dingin pun, kipas siling masih boleh berfungsi sebagai medium untuk menyebarkan dan menyekatakan udara sejuk di sesebuah bilik. Alat ini tidak semestinya dipasang di bahagian dalam rumah seperti ruang tamu atau bilik tidur. Sebagai contoh, ia juga sesuai dipasang di ruang dapur atau luar rumah. Salah satu kelebihan kipas siling adalah dari segi penjimatan ruang berbanding kipas lain yang memerlukan ruang lantai atau meja.
Terdapat pelbagai jenis dan ciri-ciri unik kipas siling yang diperkenalkan pada hari ini. Jika anda tengah merancang untuk membeli sebuah, sila rujuk dahulu senarai 10 kipas siling yang terlaris di Malaysia ketika ini. (Dikemaskini 2023)
Contents • Isi Kandungan
- 1. Kipas Siling Khind CF615
- 2. Kipas Siling + Remote Control Sharp Wafu PJC116
- 3. Kipas Siling + Remote Control Deka F5P
- 4. Kipas Siling KDK K15V0
- 5. Kipas Siling + Remote Control Elmark EL 921
- 6. Kipas Siling Mistral MCF-60LE
- 7. Kipas Siling Panasonic Bayu 5 FM14DZ
- 8. Kipas Siling Alpha Cosa 699-56
- 9. Kipas Siling Solageo Max10
- 10. Kipas Siling APRO
- Kipas Siling: Panduan Pembeli
1. Kipas Siling Khind CF615
- Kuasa: 80W
- Bilangan Bilah: 3
- Saiz Bilah: 60 Inci
- Jenis Bilah: Besi
- Kawalan Kipas: Jenis Suis (5 Kelajuan)
2. Kipas Siling + Remote Control Sharp Wafu PJC116
- Kuasa: 75W
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 56 Inci
- Jenis Bilah: ABS
- Kawalan Kipas: Remote Control (3 Kelajuan)
3. Kipas Siling + Remote Control Deka F5P
- Kuasa: 75W
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 56 Inci
- Jenis Bilah: ABS
- Kawalan Kipas: Remote Control (3 Kelajuan)
4. Kipas Siling KDK K15V0
- Kuasa: 80W
- Bilangan Bilah: 3
- Saiz Bilah: 60 Inci
- Kawalan Kipas: Suis/Regulator Dinding
5. Kipas Siling + Remote Control Elmark EL 921
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 54 Inci
- Jenis Bilah: ABS
- Kawalan Kipas: Remote Control (3 Kelajuan)
6. Kipas Siling Mistral MCF-60LE
- Kuasa: 80W
- Bilangan Bilah: 3
- Saiz Bilah: 60 Inci
- Jenis Bilah: Besi
- Kawalan Kipas: Suis/Regulator Dinding
7. Kipas Siling Panasonic Bayu 5 FM14DZ
- Kuasa: 69W
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 56 Inci
- Kawalan Kipas: Remote Control (3 Kelajuan)
8. Kipas Siling Alpha Cosa 699-56
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 56 Inci
- Jenis Bilah: ABS
- Kawalan Kipas: Remote Control (4 Kelajuan)
9. Kipas Siling Solageo Max10
- Kuasa: 85W
- Bilangan Bilah: 5
- Saiz Bilah: 56 Inci
- Jenis Bilah: ABS
- Kawalan Kipas: Remote Control (4 Kelajuan)
10. Kipas Siling APRO
- Kuasa: 75W
- Bilangan Bilah: 3
- Saiz Bilah: 60 Inci
- Kawalan Kipas: Suis/Regulator Dinding
Kipas Siling: Panduan Pembeli

Selain jenis dan reka bentuk kipas, terdapat pelbagai faktor lain yang mungkin anda boleh pertimbangkan sebelum memulakan pembelian. Sila rujuk panduan ringkas di bawah ini:
Saiz Bilik
Salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan adalah saiz bilik anda. Ukuran ruang di dalam bilik menjadi titik rujukan dalam penentuan saiz kipas siling yang sesuai. Carta di bawah dapat membantu anda membuat pilihan saiz kipas yang ideal:
Saiz Bilik | Saiz Kipas |
---|---|
Sehingga 64 kaki persegi | 36’ inci ke atas |
64 – 144 kaki persegi | 36’ – 48’ inci |
144 – 225 kaki persegi | 48’ – 52’ inci |
225 kaki persegi ke atas | 52’ inci dan ke atas |
Cara Pemasangan
Penilaian yang seterusnya adalah berkaitan dengan kaedah pemasangan kipas. Berikut adalah penerangan mengenai pelbagai teknik pemasangan kipas siling:
Flush Mount – Di sinilah kipas boleh terus berlabuh ke siling tanpa menggunakan downrod. Ini bagi mengurangkan jarak bawah kipas itu dan sangat sesuai untuk siling rendah.
Standard Mount – Ini biasanya menggunakan downrod bersaiz 3‘ hingga 5’ inci, dan sesuai untuk bilik yang mempunyai siling sederhana tinggi.
Extended Mount – Ini sesuai untuk siling yang tinggi atau berkubah. Downroad yang digunakan juga adalah lebih panjang.
Cara Kawalan
Terdapat tiga jenis kawalan yang boleh dipilih iaitu suis tarik, suis dinding dan remote control. Paling basic dan murah adalah dari jenis suis tarik. Yang paling biasa digunakan di kebanyakan rumah pula adalah suis dinding. Jika anda malas untuk berulang-alik untuk menukar kelajuan kipas, mungkin jenis yang menggunakan alat kawalan jauh atau remote control adalah lebih ideal untuk anda.
Reka Bentuk dan Aksesori
Mungkin ada yang membeli kipas siling atas faktor estetik—dan aksesori yang biasa disertakan bersama adalah set lampu. Set lampu yang dipasang di tengah dapat meningkatkan keanggunan dan mood yang ceria di ruang tamu anda.