Kipas Siling Panasonic Bayu 5

Kipas siling Bayu 5 daripada jenama Panasonic ini dibina dengan material berkualiti yang tahan lama dan sesuai untuk aplikasi kediaman, komersial ataupun perindustrian. Kipas lima bilah bersaiz 56 inci ini mempunyai tiga jenis warna iaitu hitam, putih dan coklat dan hanya memerlukan pemasangan yang ringkas. Bagi mengawal kipas yang mempunyai tiga tahap kelajuan ini, satu alat kawalan jauh (remote control) turut disediakan. Reka bentuk kipas ini agak konvensional, namun ia mampu menghembuskan udara dengan baik walaupun untuk ruang tamu yang besar—sekaligus menjadikannya popular di kebanyakan rumah di seluruh Malaysia.

Spesifikasi Teknikal Kipas Siling Panasonic Bayu 5

  • Penggunaan Tenaga: 69W
  • Bilangan Bilah: 5
  • Saiz Bilah: 56 Inci
  • Kawalan Kipas: Remote Control (3 Kelajuan)
  • Pilihan Warna: Dark Grey (Hitam), White (Putih), Brown (Coklat)

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *