12 Khemah Terbaik Untuk Aktiviti Camping

Berkhemah adalah aktiviti terbaik untuk menikmati alam semulajadi, meneroka tempat baru, atau sekadar ingin menjauhkan diri beberapa hari dari kesibukan di bandar. Aktiviti ini juga lebih murah dari menyewa bilik di resort atau homestay yang biasanya mengenakan harga yang agak tinggi ketika musim cuti. Sebelum anda memulakan pengembaraan, pastikan anda sudah lengkap dengan segala peralatan, dan salah satunya tentulah khemah camping.

Khemah adalah “rumah” sementara anda untuk berlindung daripada panas, hujan dan anasir luar. Ia hadir dalam pelbagai model, reka bentuk dan kapasiti muatan. Untuk memudahkan anda membuat pilihan, berikut adalah senarai 10 jenis khemah yang popular di Malaysia. (Dikemaskini 2023)

1. Khemah ALX Warna Biru (2 Orang)

  • Saiz khemah: 200 x 150 x 110 cm
  • Berat Pakej: 1.12kg

2. Khemah Camouflage EcoSport (2-3 / 3-4)

  • Ukuran khemah 2 orang: 190x150x110cm
  • Ukuran khemah 4 orang: 200x200x135cm
  • Berat: 1.5kg

3. Khemah Pelbagai Warna (2-3 Orang)

  • Ukuran Khemah (1 – 2 Orang) : 200 x 120 x 105 cm
  • Ukuran Khemah (2 – 3 Orang) : 200 x 150 x 110 cm
  • Berat: 1.4kg

4. EcoSport Double Layer Hexagonal Camping Tent (5-8 Orang)

  • Ukuran Khemah: 240 x 240 x 145 cm (Panjang x Lebar x Tinggi)
  • Berat: 2.5kg

5. Khemah Besar Kalis Air (10 Orang)

  • Ukuran Khemah: 300 x 300 x 170 cm
  • Berat: 3.5kg

6. Khemah Ultra Ringan (1-2 Orang)

  • Ukuran Khemah: 200 x 120 x 100 cm
  • Berat: 1.5kg

7. Khemah Double Layer (4 Orang)

  • Ukuran Khemah: 200 x 200 x130cm
  • Berat: 2.4kg

8. Khemah EcoSport (5 Orang)

  • Ukuran Khemah: 240 x 240 x 154 cm
  • Berat: 5.1kg

9. SANCY Quick Camping Tent (3-4 Orang)

  • Ukuran Khemah: 200 x 200 x 130 cm
  • Berat: 1.5kg

10. Khemah Hammock Camouflage (1 Orang)

Limit berat: 350 lbs (Sekitar 160kg)

11. Lightweight Pop Up Tent (2-3 Orang)

Ukuran Khemah: 200 x 150 x 110 cm

12. Ecosport 3-in-1 5-8 Person Ultralight Large Camping Tent (5-8 Orang)

Ukuran Khemah: 280 x 200 x 120 cm

Khemah: Panduan Pembeli

Aktiviti berkhemah adalah salah satu kegiatan riadah yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Berkhemah membukakan peluang kepada kita untuk menikmati alam semulajadi dengan lebih dekat. Ramai yang cenderung untuk membelanjakan wang yang lebih pada khemah yang berkualiti tinggi kerana ia tidak mudah rosak dan biasanya ada ciri-ciri unik yang lain. Tetapi tidak salah juga jika anda hanya inginkan khemah murah yang ‘basic’, kerana mungkin aktiviti ini bukan sesuatu yang kerap dilakukan. Jika anda masih tercari-cari jenis khemah yang tepat untuk pengembaraan anda, sila baca panduan ringkas di bawah:

Saiz atau Muatan Khemah

Antara perkara utama yang perlu diambil kira adalah faktor muatan. Berapa orang yang dapat khemah itu muatkan? Adakah khemah berkapasiti 2 orang benar-benar dapat memuatkan dua individu? Ini kerana, walaupun yang dinyatakan adalah dua orang, tetapi jika dicampur dengan beg atau barangan lain di dalamnya, mungkin kapasiti yang realistik hanya seorang sahaja. Maka adalah lebih baik memilih khemah yang menyediakan kapasiti lebih dari dua orang.

Jenis Khemah

Jenis khemah boleh dikelaskan kepada dua kategori utama: khemah backpacking (beg galas) dan khemah keluarga. Khemah backpacking direka dengan saiz yang lebih kecil dan ringan, serta lebih tahan dalam sebarang cuaca buruk. Khemah keluarga pula mempunyai saiz yang lebih besar dan mempunyai pelbagai ciri tambahan untuk menampung lebih ramai individu. Jenis-jenis khemah yang lebih spesifik adalah seperti berikut:

Khemah A-Frame: Ringan, sederhana dan menawarkan pengudaraan yang baik. Khemah berbentuk ‘A’ ini biasanya bersaiz kecil dan hanya memuatkan satu atau dua orang di dalam.

Khemah Dome (Kubah): Khemah ini dibina daripada rangka tiang dan fabrik yang ringan. Ia mudah didirikan dan menggunakan ‘Guy-rope’ untuk mengekalkan kestabilan khemah. Ruang dalaman khemah ini biasanya dapat memuatkan 2 hingga 4 individu.

Khemah Tunnel (Terowong): Khemah ini menggunakan gelung yang disusun secara bersiri di mana fabrik perlu diregangkan sehingga mewujudkan terowong. Salah satu khemah yang paling mudah untuk didirikan dan menawarkan ruang dan ketinggian yang lebih.

Khemah Frame Ridged: Merupakan sejenis khemah keluarga yang bersaiz besar. Ia memiliki kerangka yang kuat dan didirikan dari tiang-tiang ‘shock corded’ di mana kanvas khemah digantung. Kanvas dinding biasanya diperbuat daripada nilon dan polister. Khemah ini memerlukan kawasan lapang yang luas dan agak mengambil masa untuk didirikan.

Penarafan Khemah

Khemah biasanya dinilai dan diberi penarafan berdasarkan ‘Season’ (musim) seperti: 1-Season, 3-Season dan All-Season (sepanjang musim). Penarafan ini sebenarnya mencadangkan musim yang ideal untuk menggunakan khemah tersebut. Sebagai contoh, sudah tentu tidak ideal untuk menggunakan khemah 1-Season ketika berkhemah di luar negara pada musim sejuk.

Khemah 1-Season atau khemah musim panas biasanya menggunakan bingkai 2 tiang untuk menjadikan khemah itu lebih ringan. Khemah jenis ini juga mempunyai beberapa ruang ventilasi pengudaraan untuk mengurangkan haba panas di dalam khemah.

Khemah 3-Season merupakan khemah yang lebih lasak, dimana jika dibandingkan dengan 1-Season, strukturnya adalah lebih kukuh. Khemah jenis ini biasanya menggunakan tiga tiang untuk mendapatkan kestabilan yang baik walaupun ketika angin kencang.

Khemah All-Season atau pun 4-Season adalah khemah pelbagai musim yang sangat sesuai digunakan ketika musim sejuk. Ia dibina dengan empat tiang yang kukuh untuk mengekalkan kestabilan ketika angin kencang ataupun ketika salji turun. Jika anda ada perancangan untuk mengembara dan berkhemah di luar negara semasa musim sejuk, inilah dia jenis khemah yang anda patut bawa bersama.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *