Terdapat satu jenis kerusi yang dapat memberikan keselesaan maksimum kepada pemiliknya setelah menempuh hari yang sibuk dan memenatkan. Rasa letih atau tekanan beransur-ansur pudar ketika bersandar di atas kerusi tersebut. Jika anda menginginkan keselesaan yang sama seperti penjelasan di atas, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk meletakkan satu kerusi malas di rumah anda.
Kerusi malas terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna, serta boleh digunakan di dalam dan luar rumah. Ada yang meletakkan di ruang tamu, depan tv, ataupun di beranda—bergantunglah kepada kehendak masing-masing. Jika secara kebetulan anda tengah mencari kerusi malas untuk kegunaan di rumah, sila rujuk senarai di bawah yang menampilkan 10 jenis kerusi malas yang menjadi trend di Malaysia ketika ini. (Dikemaskini 2023)
Contents • Isi Kandungan
- 1. Kerusi Malas Zero Gravity (Boleh Lipat)
- 2. Kerusi Malas XXL 3V (32mm)
- 3. Premium Rest Chair With Soft Cotton Pad
- 4. 2-in-1 Foldable Lounge Lazy Chair
- 5. Kerusi Malas Size XL dan L (Boleh Lipat)
- 6. Lazy Chair – 1887
- 7. Rotating Lazy Couch -1982 (Boleh Pusing)
- 8. Rocking Relax Chair RX362
- 9. Bamboo Swing Lazy Chair
- 10. Mrs DIY 3V CF 704 Relax Chair
- Kerusi Malas: Panduan Pembeli
1. Kerusi Malas Zero Gravity (Boleh Lipat)
Terdapat dalam pelbagai corak yang sangat menarik. Kerusi ini boleh dibaring dan ditegak mengikut kesukaan. Kerusi ini juga mempunyai dua tahap pengunci untuk mengekalkan posisi duduk. Kanvas yang digunakan adalah dari jenis yang padat dan tahan lasak. Tali elastik boleh ditukar-ganti dan ada bantal empuk disediakan (boleh dikeluarkan jika tidak mahu digunakan).
2. Kerusi Malas XXL 3V (32mm)
Kerusi malas boleh lipat buatan lokal ini diperbuat daripada besi paip berkualiti 32mm yang kukuh untuk mengekalkan kestabilan. Tempat duduknya juga tidak membuatkan bahagian belakang terasa panas. Juga disediakan sokongan di bahagian kepala dan string dua lapis yang kuat.
3. Premium Rest Chair With Soft Cotton Pad
Direkabentuk secara ergonomik menggunakan fabrik yang tahan lasak dan rangka besi yang kukuh untuk kestabilan dan keselesaan. Kerusi yang berkeberatan 9 kilogram ini mampu menanggung beban sebanyak 200kg. Ketinggian tempat merehatkan kaki juga boleh dilaraskan.
4. 2-in-1 Foldable Lounge Lazy Chair
Gunakan kerusi ini untuk membaca ataupun untuk tidur sekejap. Mudah untuk dibawa kemana-mana dan boleh dilipat—sekaligus dapat menjimatkan ruang. Tempat duduknya luas dan fabrik Oxford 600D yang digunakan tidak merimaskan bahagian belakang badan. Terdapat dalam dua jenis warna iaitu biru dan biru tua.
5. Kerusi Malas Size XL dan L (Boleh Lipat)
Set kerusi boleh lipat yang sangat simple tetapi cukup kukuh. Terdapat dua jenis pilihan untuk tali tempat duduk iaitu nipis dan tebal. Saiz kerusi juga ada dua; L dan XL. Spesifikasi adalah seperti berikut:
- Saiz L: Tinggi 106cm x Lebar 66cm x Panjang 62cm
- Saiz XL: Tinggi 110cm x Lebar 66cm x Panjang 83cm
6. Lazy Chair – 1887
Kerusi malas berimej moden ini menggunakan latex tahan lasak dan anda tidak akan rasa kepanasan di belakang ketika bersandar. Rangkanya yang kukuh serta bentuknya yang ergonomik menjamin keselesaan yang optimum untuk si pemakai. Ruang untuk merehatkan tangan juga direka dengan luas, dan ada tempat untuk meletakkan minuman di sebelahnya. Kerusi ini dapat menampung berat sehingga 100 kilogram.
7. Rotating Lazy Couch -1982 (Boleh Pusing)
Yang ini agak unik sedikit sebab walaupun ia tidak se-fleksibel kerusi malas konvensional, tetapi kerusi ini boleh dipusingkan 360° darjah. Lapisan dalamannya agak lembut dan pejal manakala fabrik luarannya pula diperbuat daripada kapas. Apabila tidak digunakan, kerusi ini masih boleh dilipat dua jika anda ingin menyimpannya ke dalam stor.
8. Rocking Relax Chair RX362
Kerusi yang bercirikan reka bentuk Scandinavian ini menggunakan rangka besi yang kukuh dan merupakan sejenis bangku rocker yang boleh dihayunkan ke depan dan ke belakang. Fabrik nilon yang ditenun rapat menggunakan corak geometrik memberikan ketegangan yang kuat untuk menyokong berat badan.
9. Bamboo Swing Lazy Chair
Satu lagi kerusi yang boleh dihayunkan, kali ini diperbuat daripada buluh. Reka bentuknya agak ergonomik cuma tidak ada sebarang fabrik lembut yang disarungkan. Anda boleh meletakkan alas fabrik/tilam sendiri di bahagian tempat duduk dan sandar jika anda rasa kurang selesa.
10. Mrs DIY 3V CF 704 Relax Chair
Reka bentuk yang sangat simple, mudah dilipat, diangkat dan dipindahkan. Selain digunakan di rumah, kerusi yang agak mudah-alih ini juga boleh digunakan untuk aktiviti luar seperti bercamping, berkelah atau memancing.

Kerusi Malas: Panduan Pembeli
Selain memberikan keselesaan yang optimum kepada penggunanya, kerusi malas juga sangat bermanfaat untuk golongan yang mempunyai masalah arthritis. Ini kerana ia dapat menyediakan fungsi sokongan yang diperlukan untuk tulang yang lemah. Kepada wanita yang hamil pula, kerusi sebegini dapat membantu mereka merehatkan badan dari bahagian abdomen hinggalah ke bahagian kaki. Sebelum anda membeli kerusi ini, mungkin ada beberapa perkara yang lain dan perlu diambil notis:
Material Binaan
Material yang berasaskan logam biasanya lebih ringan daripada kayu. Sesuai jika anda kerap berpindah tempat. Cuma ada satu kelemahan, iaitu boleh bengkok jika digunakan terlalu kerap atau berat badan anda bertambah. Versi kayu walaupun lebih berat namun dapat bertahan lebih lama, cuma dari segi fungsi, ia agak kurang fleksibel.
Fungsi Sokongan Badan
Untuk mengelakkan diri daripada sakit belakang atau sendi, carilah kerusi yang menyediakan alas berbantal supaya rasa di bahagian belakang badan tidak lagi menyakitkan walaupun lama bersandar. Lebih ideal jika ada fungsi perehat kaki (yang dapat dilaraskan ke paras yang tertentu), kerana ia dapat mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan sekaligus membuatkan anda terasa lebih “terapung”.
Posisi Fleksibel atau Tetap?
Kebanyakan kerusi malas yang dihasilkan sekarang adalah jenis yang fleksibel—yakni mempunyai bahagian-bahagian yang boleh dilaraskan. Ini memberikan kebebasan kepada anda untuk menyesuaikan diri dengan mana-mana posisi duduk yang anda rasa paling selesa. Tetapi ada juga jenis yang tetap, dimana ianya agak terhad dari segi gaya atau posisi duduk. Secara bandingan, kebanyakan individu lebih cenderung untuk memilih kerusi yang fleksibel.
Tempat Merehatkan Kaki
Adakah anda memerlukan tempat untuk merehatkan kaki? Kebanyakan rekaan kerusi malas ketika ini telah pun dilengkapi dengan fungsi tersebut. Jika anda cenderung untuk menghabiskan masa yang lama di kerusi malas, ambillah unit yang telah dilengkapi dengan fungsi itu. Percayalah, rasanya lebih selesa kalau jika bersandar dengan cara itu. Tetapi, lihat juga faktor lain seperti ruang dimana kerusi itu diletakkan, kerana masalah ruang mungkin muncul ketika anda ingin menaikkan tempat merehatkan kaki.