10 Kerusi Game (Gaming Chair) Yang Terhangat Ketika Ini

Beberapa tahun yang lalu, harga kerusi gaming boleh dikatakan agak mahal—harganya boleh mencecah seribu ringgit atau lebih. Tetapi hari ini, kelihatan semakin banyak model kerusi gaming yang berada di pasaran. Pengeluar semakin kompetitif dan bermacam-macam versi yang diperkenalkan untuk menarik pelanggan. Disebabkan itu, harga pun semakin menurun. Malah sekarang anda boleh mendapatkan kerusi gaming bajet dengan harga di bawah RM200.

Tidak semua kerusi gaming sama kerana masing-masing mempunyai fungsi dan ciri yang berbeza—tidak kiralah dari segi warna atau saiz. Kebanyakan kerusi gaming moden direka secara ergonomik untuk memastikan pengguna duduk dengan postur badan yang betul. Ini sekaligus memberikan keselesaan kepada tulang belakang ketika bermain game di PC ataupun konsol kegemaran anda.

Selain itu, kerusi gaming juga sesuai untuk digunakan sebagai kerusi biasa ketika anda tidak menggunakannya untuk bermain permainan video. Sebagai contoh, jika disandarkan sehingga 165° darjah, kerusi gaming anda boleh bertukar menjadi kerusi malas. Anda juga boleh menjadikannya sebagai kerusi untuk menonton filem di Netflix ala-ala panggung wayang.

Berikut adalah senarai 10 kerusi game atau gaming chair yang terhangat penjualannya di Malaysia pada tahun 2023.

1. TTRacing Duo V3 Gaming Chair

  • Kerusi gaming Duo V3 mempunyai badan dan tempat duduk yang lebar dan tinggi, sekaligus dapat memberikan keselesaan yang optimum kepada pengguna.
  • Kulit badan dan tempat duduk diperbuat daripada fabrik yang berkualiti tinggi seperti Carbon Fibre PU leather dan kain elastik berkualiti tinggi dari Itali.
  • Tempat duduk Duo V3 ini boleh disandarkan sehingga 155 darjah ke belakang. Mekanismenya yang berbentuk ‘Butterfly’ pula menawarkan kestabilan yang lebih baik berbanding mekanisme kerusi konvensional.

2. MYFURNITURELAB: 8th Gen Top Tuning Professional Gaming Chair

  • Direka dengan bentuk elegan dan ergonomik—serta kusyen yang cukup besar untuk menampung individu dari pelbagai saiz dan ketinggian.
  • Tolak ke belakang untuk baring dan relax, tarik ke hadapan dan “lock” untuk kembali kepada posisi ergonomik 90° darjah.
  • Bahagian belakang tempat duduk direka dalam bentuk mendakap untuk meringankan beban atau stress tulang belakang.

3. TTRacing Swift X 2020 Gaming Chair

  • Model Swift X 2020 menampilkan lumbar dan bahu yang lebih lebar dan direka dengan bentuk ergonomik untuk memastikan keselesaan pengguna.
  • Boleh disandarkan sehingga 165° darjah supaya anda boleh duduk santai sambil bermain game menggunakan joystik ataupun menonton filem.
  • Tempat letak tangan boleh dilaraskan ketinggiannya mengikut keselesaan masing-masing.

4. OC04 Adjustable Racing Style Gaming Chair + Lumbar Massage Pillow

  • Tempat duduk boleh disandarkan sehingga 150° darjah. Bangkunya pula boleh membuat pusingan penuh 360°.
  • Dari segi struktur binaan, kerusi game ini dibina dengan menggunakan bahan tahan lasak yang berketumpatan tinggi. Kulit yang digunakan adalah dari jenis PVC yang premium, tahan pudar dan mudah untuk dibersihkan.
  • Terdapat dalam 3 jenis warna: Putih, Merah dan Biru

5. Racing LR Gaming Chair

Kerusi game dengan reka bentuk ergonomik ini boleh disandarkan sehingga 150°. Ketinggian tempat duduk juga boleh dilaraskan untuk mengikut keselesaan. Duduk dengan postur badan yang betul adalah penting jika anda ingin bermain game dalam tempoh lama. Dari segi binaan, ia mempunyai rangka yang teguh dan boleh digunakan untuk tempoh yang lama.

6. Premium Ergonomic Racing Style Adjustable Gaming Chair (With Footrest)

Didatangkan dengan dua opsyen iaitu: dengan Footrest, ataupun tanpa Footrest. Footrest adalah tempat untuk anda meletakkan kaki ketika ingin bersandar. Kerusi game ini mempunyai sudut sandaran dari 90° hingga 170° darjah. Jenis fabrik yang digunakan adalah kulit sintetik yang berkualiti, serta isian busa (foam filling) yang berkepadatan tinggi untuk menjamin keselesaan yang maksimum.

7. GTGAMEZ Gaming Chair Racing Style

  • Menggunakan rangka logam yang mantap supaya anda rasa lebih selesa walaupun duduk berjam-jam. Bahagian belakang dan tempat duduk yang empuk membawa kerusi ini ke tahap keselesaan yang lebih baik.
  • Ketinggian tempat letak tangan boleh dilaraskan. Tempat duduk boleh disandarkan sehingga 180°, bantal kepala dan lumpar boleh ditanggalkan jika tidak diperlukan.
  • Bantal tempat duduk, bantal lumbar dan sandaran kepala diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan keselesaan.

8. TTRacing Surge Gaming Chair

  • Tempat duduk boleh disandarkan sehingga 180°. Tempat letak tangan ‘4D’ boleh dilaraskan untuk memastikan anda lebih selesa setiap kali ingin merehatkan tangan atau bahu yang lenguh.
  • Bantal lumbar disediakan untuk memberi sokongan tambahan di sekitar kawasan pinggang. Ini untuk memastikan anda sentiasa duduk dalam keadaan tegak bagi meminimumkan rasa stress pada tulang belakang (disebabkan postur duduk yang salah).

9. Fantech Alpha GC-185 Gaming Chair

  • Bantal sandaran kepala dan lumbar menggunakan fabrik yang diperbuat daripada kulit PV yang mudah dibersihkan.
  • Sandaran tangan direka dengan bentuk ergonomik dan ketinggian yang ideal untuk memudahkan anda menggerakkan tetikus dan papan kekunci di hadapan PC anda. Anda pasti berasa lebih selesa sepanjang sesi permainan komputer.
  • Diperbuat daripada logam yang berketebalan 1.2mm, kerusi game Fantech Alpha ini mampu menampung berat sehingga 220kg. Malah besinya juga dicat untuk tahan karat.

10. AVF Gaming Freak NAGA THRONE

Tidak ada lagi sakit-sakit belakang selepas menggunakan kerusi gaming AVF ini. Kerusi yang tampak elegan ini dilengkapi dengan ciri-ciri berikut:

  • Tempat duduk diperbuat daripada kulit PU yang bergred tinggi dan boleh disandarkan sehingga 165°.
  • Direka dengan bentuk ergonomik termasuk tempat letak tangan yang boleh dilaraskan ketinggiannya.
  • Dilengkapi dengan tempat rehat kaki untuk keselesaan tambahan.
  • Dapat menampung berat sehingga 150kg.

Kerusi Gaming: Panduan Pembeli

Biasanya kalau duduk terlalu lama dalam posisi yang sama, pasti akan menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan di belakang. Secara tidak langsung menjejaskan tumpuan dan keseronokan ketika bermain game. Peneyelesaian terbaik untuk masalah ini adalah dengan membeli kerusi yang sesuai seperti gaming chair atau kerusi gaming. Walau bagaimanapun, jika ini kali pertama anda membeli kerusi game, sila baca panduan dan tips di bawah ini.

Ketinggian Kerusi

Anda harus memilih kerusi yang sesuai dari segi ketinggian untuk mendapatkan keselesaan yang optimum. Jika kerusi anda berada di ketinggian yang betul, kaki anda akan berada di kedudukan yang ideal serta mudah untuk digerakkan dengan bebas. Maka, pilihlah kerusi yang boleh dilaraskan ketinggiannya mengikut keperluan sendiri.

Reka Bentuk Kerusi

Tujuan utama membeli kerusi gaming sudah tentunya atas faktor keselesaan. Pilihlah kerusi yang dapat menyokong kontur badan serta dilengkapkan dengan bantal memori, serta tempat letak tangan yang boleh dilaras.

Bahan Buatan Kerusi

Dari jenis fabrik tempat duduk sampailah jenis logam yang digunakan pada kaki kerusi, pastikan semuanya dibuat daripada bahan-bahan yang berkualiti dan teguh. Kerusi gaming anda akan dapat digunakan bertahun-tahun lamanya jika struktur binaannya mantap.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *