Katil hospital direka untuk memberikan fleksibiliti pergerakan, keselamatan dan keselesaan kepada pesakit yang memerlukan terapi serta penjagaan yang berpanjangan. Berbeza dengan katil traditional yang terdapat di kebanyakan rumah, katil hospital menawarkan ciri-ciri yang lebih spesifik seperti kemudahan untuk mengubah ketinggian atau postur katil.
Secara amnya, katil hospital yang dibeli untuk kegunaan di rumah adalah untuk menyediakan tempat rehat bagi mereka yang sudah berumur lanjut, kurang upaya fizikal ataupun dalam proses pemulihan. Katil ini terdapat dalam pelbagai gaya, fungsi dan reka bentuk dan harga seunit katil biasanya bergantung dengan ciri-ciri yang ditawarkan. Berikut adalah senarai 7 jenis katil hospital yang menjadi pilihan ramai di Malaysia. (Dikemaskini 2023)
Contents • Isi Kandungan
- 1. Katil Hospital GT Medic 8 Fungsi – Manual
- 2. Katil Hospital Alpha 2 Fungsi (M24) – Manual
- 3. Katil Hospital Alpha 2 Fungsi (M15) – Manual
- 4. Katil Hospital GT MEDIC dengan Remote Control – Elektrik Sepenuhnya
- 5. Katil Hospital EVERY1 (TC2) – Manual
- 6. Katil Hospital BIOSYS TN11 (New Edition) – Manual
- 7. Katil Hospital GT MEDIC 3 Fungsi – Manual
- Katil Hospital: Panduan Pembeli
1. Katil Hospital GT Medic 8 Fungsi – Manual
- Kapasiti Muatan: 250 kg
- Saiz: L2100 x W950 x H500mm
- Berat Katil: 75 kg
- Katil lengkap dengan tilam dan pelbagai aksesori.
- Bahagian belakang badan dan kaki boleh dinaikkan.
- Pagar tepi kiri dan kanan disediakan untuk keselamatan pesakit.
- Posisi katil boleh dilaras untuk untuk buang air (dulang khas disediakan).
- Lengkap dengan fungsi mencuci rambut dan kaki pesakit.
- Turut disediakan: tiang Infusi IV (Infusion IV) dan meja/dulang makan.
2. Katil Hospital Alpha 2 Fungsi (M24) – Manual
- Kapasiti Muatan: 200 kg
- Saiz: 208cm x 96cm x 50cm
- Berat Katil: 40 kg
- Pakej termasuk tilam.
- Fungsi backrest boleh dilaraskan dari 0“- 80”.
- Tempat rehat kaki boleh dilaraskan dari 0“- 45”.
- Rangka yang teguh, pagar tepi turut disediakan.
- Engkol besi yang tahan karat.
- Satu ‘Dripping Hock’ akan diberikan dengan percuma.
3. Katil Hospital Alpha 2 Fungsi (M15) – Manual
- Kapasiti Muatan: 250 kg
- Saiz: 208cm x 96cm x 50cm
- Berat Katil: 50 kg
- Termasuk tilam, dulang makanan dan ‘dripping hock’
- Papan ABS untuk bahagian kepala dan kaki boleh dibuka.
- Fungsi backrest boleh dilaraskan: 0“- 80”.
- Footrest boleh dilaraskan: 0“- 35”.
- Besi engkol tahan karat.
4. Katil Hospital GT MEDIC dengan Remote Control – Elektrik Sepenuhnya
- Kapasiti Muatan: 250 kg
- Saiz: L2100 x W930 x H500mm
- Berat Katil: 75 kg
Katil ini mempunyai semua fungsi asas seperti katil GT Medic manual 8 fungsi, cuma menggunakan keupayaan elektril sepenuhnya. Remote control disediakan untuk mengawal segala pergerakan katil. Antara komponen-komponen lain yang turut disediakan termasuk tiang Infusion IV, pagar yang boleh dilipat, dulang makanan, dulang buang air, dan tilam.
5. Katil Hospital EVERY1 (TC2) – Manual
- Berat Katil: 88 kg
Merupakan katil hospital jenis manual yang sangat basic. Ianya tidak dilengkapi dengan roda di bahagian kakinya. Tetapi sekurang-kurangnya bahagian atas katil masih boleh dinaikkan dan terdapat pagar tepi untuk mengelakkan pesakit dari terjatuh. Dari segi harga ini adalah antara katil yang termurah (harga sekitar RM5xx).
6. Katil Hospital BIOSYS TN11 (New Edition) – Manual
- Pagar tepi diperbuat daripada aluminium dan boleh dilipat.
- Roda ABS yang senyap dan lengkap dengan fungsi brek.
- Mudah dipasang, struktur yang kukuh dan dibersihkan.
7. Katil Hospital GT MEDIC 3 Fungsi – Manual
- Kapasiti Muatan: 250 kg
- Saiz: L2100 x W930 x H500mm
- Berat Katil: 75 kg
Katil ini mempunyai 3 engkol untuk melaras posisi katil. Pakej termasuk tilam, tiang Infusion IV dan 2 pagar aluminium boleh lipat.
Katil Hospital: Panduan Pembeli

Bagi sesetengah orang, mungkin timbul beberapa persoalan yang berlegar dalam kepala—sebagai contoh: Apakah katil yang terbaik untuk si pesakit? Macam mana nak tahu jenis tilam yang sesuai? Bagaimana pula dengan ciri-ciri keselamatan katil tersebut? Maka dengan itu, di sini disediakan beberapa tips dan penerangan yang perlu diketahui oleh semua bakal pembeli.
Jenis-Jenis Katil Hospital
Pada asasnya, katil hospital boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: katil manual, katil semi-elektrik dan katil elektrik penuh. Sila rujuk penerangan berikut:
a) Katil Hospital Manual
Katil manual boleh mengubah ketinggian bahagian kepala atau kaki dengan menggunakan engkol tangan (hand crank). Katil ini biasanya lebih murah daripada jenis semi atau elektrik penuh dan sesuai untuk pesakit yang tidak memerlukan bantuan pergerakan fizikal yang banyak.
b) Katil Hospital Semi-Elektrik
Katil ini mempunyai fungsi yang hampir sama dengan jenis manual, cuma kaedah pengendaliannya agak berbeza sedikit dimana bahagian kepala dan kaki katil dapat dilaraskan dengan bantuan mesin. Namun ketinggian katil masih memerlukan proses manual iaitu dengan menggunakan engkol tangan.
c) Katil Hospital Elektrik Penuh
Katil jenis ini biasa digunakan di kebanyakan hospital swasta disebabkan ciri-ciri canggih yang ditawarkan. Menjaga pesakit dengan katil jenis ini adalah lebih mudah kerana proses pengendaliannya bergantung penuh kepada mesin elektrik. Katil hospital elektrik penuh amat sesuai untuk pesakit yang mempunyai ketidakupayaan fizikal. Cuma dari sudut harga, katil ini memang agak mahal berbanding kedua-dua jenis katil di atas.
Ciri-Ciri Tambahan Yang Lain
Pilihan Posisi: Walaupun sudah pun dilengkapi dengan fungsi asas seperti menaikkan atau menurunkan bahagian kepala atau bawah badan, sebenarnya ada lagi pilihan posisi lain yang lebih spesifik seperti: posisi Trendelenburg, reverse Trendelenburg dan posisi Fowler.
Pagar Tepi (Side Rails): Rel atau pagar tepi adalah salah satu ciri keselamatan yang dapat menghalang pesakit daripada terjatuh dari katil. Pagar ini diletakkan di tepi kiri dan kanan katil dan boleh dibuka jika perlu.
Timbangan Katil: Fungsi ini adalah untuk menimbang pesakit tanpa perlu dipunggah daripada katilnya.
Tempat Penyimpanan: Ruang ini berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan tangki Oksigen, alat kawalan jauh, buku, sarung tangan atau peralatan penting yang lain.
Jenis-Jenis Tilam Yang Sesuai Untuk Katil Hospital

Terdapat beberapa ciri yang perlu diambil perhatian ketika memilih tilam untuk katil hospital. Sebagai contoh:
a) Fleksibiliti
Salah satu kunci untuk memilih tilam yang ideal adalah dengan memilih tilam yang mampu mengadaptasi sebarang proses lipatan hasil daripada pelarasan postur katil.
b) Ketebalan
Pilihlah tilam yang dapat memberikan keselesaan yang maksimum kepada pesakit. Jika pesakit harus berbaring lebih dari 12 jam, sediakanlah tilam selesa yang tebal tetapi masih fleksibel.
c) Tilam Alas Anti-decubitus
Tilam bersifat elastik ini direka bagi mencegah luka baring jika berada terlalu lama di atas tilam. Ianya tidak begitu tebal dan amat sesuai dialaskan di atas tilam utama. Tilam alas ini dapat menyekatakan berat badan secara efisien supaya tidak ada bahagian badan yang mendapat tekanan berlebihan. Tilam bergelembung ini dikembungkan dengan menggunakan pam automatik yang dapat mengisi udara dengan pantas.