Salah satu cara yang menarik untuk mempamerkan set TV dan sistem hiburan di ruang tamu adalah dengan menggunakan kabinet TV yang elegan. Ia juga merupakan kaedah yang paling praktikal untuk menyusun dan menyimpan kesemua aksesori dan peralatan elektronik anda dengan teratur dan kemas. Selain menyediakan ruang yang cukup untuk segala aset tadi, kabinet TV juga dapat memberikan sudut tayangan yang lebih baik.
Pilihan kabinet yang dianggap ideal adalah yang serasi dengan hiasan dan perabot yang terdapat di ruang tamu anda. Dan ketika ini, pelbagai jenis dan reka bentuk kabinet televisyen yang telah dihasilkan untuk disepadankan dengan sebarang dekorasi bilik. Sudah bersedia untuk memasukkan kabinet ini ke ruang tamu anda? Berikut adalah senarai 12 kabinet TV yang terlaris di Malaysia pada masa ini. (Dikemaskini 2023)
Contents • Isi Kandungan
- 1. Homez TV Cabinet HMZ-TV-DT-5000/5007
- 2. Kabinet TV Best TIIGO TV-8010 6ft
- 3. Kabinet TV Cassa Lavio (4 kaki)
- 4. Rak TV Gantung WPC
- 5. Kabinet TV MF DESIGN LVD (6 Kaki)
- 6. THE Modern Steel TV Cabinet
- 7. Kabinet TV Kitchenz Simona (6 kaki)
- 8. FINSSO: EASA TV Rack
- 9. Kitchenz Noble Series 6Ft Tv Cabinet
- 10. LSG FURNITURE 4ft TV Console
- 11. Kabinet TV Klasik dan Elegan (5 Kaki)
- 12. LEXIA Extendable TV Cabinet
- Kabinet TV: Panduan Pembeli
1. Homez TV Cabinet HMZ-TV-DT-5000/5007
Kabinet DIY yang diperbuat daripada kayu ini sesuai untuk televisyen yang bersaiz sehingga 42 inci. Pemasangannya mudah tanpa memerlukan sebarang peralatan. Terdapat dalam dua siri (5000 dan 5007), yang mana siri 5007 adalah lebih tinggi dengan jurang 180mm.
- Saiz 5000: 1200W x 340D x 400H mm
- Saiz 5007: 1400W x 340D x 580H mm
2. Kabinet TV Best TIIGO TV-8010 6ft
Kabinet moden bertemakan Scandinavia ini pasti dapat menyemarakkan lagi suasana ruang tamu anda. Kabinet TV berkualiti buatan tempatan ini terdapat dalam tiga jenis warna iaitu putih, Oak+kelabu dan Walnut+kelabu.
Dimensi produk: L1800 x W350 x H460 mm
3. Kabinet TV Cassa Lavio (4 kaki)
Sesuai untuk TV yang bersaiz sehingga 55 inci, kabinet yang bercirikan Scandinavia ini dibina dengan material dari papan gentian berkepadatan sederhana yang kukuh dan stabil.
Dimensi produk: H45X L120X W28cm
4. Rak TV Gantung WPC
Rak TV yang serba putih ini perlu di gantung pada dinding dan diperbuat daripada komposit plastik dan kayu. Selain dapat menjimatkan ruang, kabinet ini juga dikatakan bersifat kalis api dan air. Kabinet ini juga adalah antara yang termurah di pasaran. Dimensi produk adalah seperti berikut: Panjang 975mm x Lebar 235mm x Tinggi 100 mm.
5. Kabinet TV MF DESIGN LVD (6 Kaki)
Kabinet dengan reka bentuk Scandinavia ini terdapat dalam tiga jenis warna iaitu putih, coklat dan asli (pattern kayu sepenuhnya). Pemasangannya cukup mudah—instruksi pengguna disediakan dan semua bahagian dan peralatan penting akan dimasukkan ke dalam satu pakej.
Saiz produk: L180 x W47 x H48 cm
6. THE Modern Steel TV Cabinet
Kabinet TV kontemporari ini mempunyai 4 ruang simpanan yang luas terbuka serta 3 laci. Unit ini diperbuat daripada MDF dan salutan serbuk besi sebagai finishing. Terdapat dalam dua jenis warna iaitu puting dan coklat.
Dimensi kabinet: 140cm (L) x 30cm (W) x 40cm (H)
7. Kabinet TV Kitchenz Simona (6 kaki)
Reka bentuk kabinet ini yang serba tertutup membuatkannya nampak begitu minimalis sekali. Terdapat tiga laci yang luas disediakan dan dimensi kabinet adalah seperti berikut: L180 x W40 x H42 cm.
8. FINSSO: EASA TV Rack
Rekaan yang sangat simple, ada dua rak dan tidak berlaci. Dimensi kabinet ini adalah: L60 x W30 x H54 cm
9. Kitchenz Noble Series 6Ft Tv Cabinet
Diperbuat daripada kayu yang berkualiti, kabinet ini mengekalkan estetik asli pattern kayu dan mempunyai pemegang serta rangka kaki logam. Kabinet ini dilengkapkan dengan dua laci, satu pintu dan satu rak.
Dimensi Produk: L180 x W42x H50 cm
10. LSG FURNITURE 4ft TV Console
Rekaan yang sama seperti ‘Best TIIGO TV-8010’ (nombor 2 dalam senarai ini), cuma lebih pendek. Terdapat dalam satu warna sahaja iaitu Sonoma Oak+kelabu.
Dimensi Produk: L1200 x W400 x H450 mm
11. Kabinet TV Klasik dan Elegan (5 Kaki)
Kabinet ini menyediakan ruang menyimpan yang banyak. Terdapat tiga rak terbuka untuk menyimpan peralatan elektronik dan 3 laci. Sebagai rujukan, saiz kabinet ini adalah L1520 X W400 X H520 mm.
12. LEXIA Extendable TV Cabinet
Gunakan kreativiti menghias anda dengan sepenuhnya melalui kabinet FLEXIA ini. Kabinet pelbagai fungsi ini sangat mudah untuk dipasang sendiri (DIY) dan boleh menanggung berat sehingga 100 kilogram.
Dimensi kabinet: L80cm (boleh dipanjangkan sehingga 140cm) X D30cm X H42cm
Kabinet TV: Panduan Pembeli

Terdapat begitu banyak pilihan kabinet TV yang berada di pasaran ketika ini, dan disebabkan itulah senarai di laman ini dibuat. Diharap panduan ringkas ini dapat membantu anda dalam memilih kabinet TV yang paling ideal:
Tentukan Ruang Untuk Kabinet TV
Antara aktiviti yang terawal sebelum memilih kabinet ini adalah dengan mengenal pasti ruang yang sesuai untuk kabinet baru anda. Jika anda sudah selesai memilih tempat, lakukan ukuran dari satu sudut ke sudut yang lain untuk mengetahui keluasan ruang itu. Tidak kiralah sama ada anda ingin meletakkan kabinet ini di tengah dinding ataupun penjuru ruang tamu. Tujuannya hanyalah untuk memastikan kabinet yang bakal dibeli nanti mendapat ruang yang cukup untuk ditempatkan.
Material Kabinet
Kayu dan besi adalah antara material-material yang menjadi pilihan utama dalam pembuatan kabinet TV. Secara amnya, kabinet kayu tampak lebih tradisional dan klasik. Manakala kabinet yang berasaskan besi pula lebih nampak moden dan kontemporari.
Ruang Kabinet
Apa yang anda ingin simpan di dalam kabinet baru itu nanti? Pilihlah kabinet berdasarkan barang-barang yang bakal disimpan untuk menentukan jumlah ruang yang diperlukan. Jika banyak yang mahu disimpan atau dipamerkan, mungkin anda memerlukan kabinet TV yang besar dan berpetak-petak. Kepada yang sukakan imej minimalis, pilihlah kabinet yang hanya menyediakan ruangan asas untuk menyimpan set TV, decoder, modem atau konsol game sahaja. Jika kabinet itu berlaci, simpanlah barangan yang berlebihan di dalamnya.
Gaya atau Reka Bentuk Kabinet
Kabinet TV terdapat dalam pelbagai saiz, warna, dan reka bentuk—dari klasik hinggalah kontemporari. Pilihlah kabinet yang dapat diseragamkan dengan hiasan dalaman ruang tamu anda. Untuk ruang tamu yang mempunyai penampilan moden, kabinet TV yang mempunyai reka bentuk slim dan minimalis adalah lebih sesuai.
Ciri-ciri Lain Kabinet TV
Keluasan/Kelebaran: Jika anda ingin meletakkan TV di atas kabinet, pastikan ia mempunyai ruang yang cukup. Walau bagaimanapun, soal keluasan atau kelebaran menjadi tidak relevan jika anda memutuskan untuk menggantung TV di dinding.
Jenis Pintu: Terdapat dalam pelbagai jenis seperti kayu, kaca dan besi. Kabinet yang berpintu kaca berupaya meningkatkan hiasan dalaman ruang tamu disebabkan imejnya yang elegan. Tetapi, ianya boleh pecah jika dilanggar dengan benda-benda yang keras. Kabinet berpintu kayu pula lebih kuat dan tahan lama, cuma tidak ‘transparent’. Anda juga boleh memilih pintu yang mudah ditutup. Sebagai contoh, pintu yang mempunyai selak magnet.
Pengurusan Wayar: Bahagian belakang kabinet seharusnya mempunyai beberapa lubang untuk mengeluarkan wayar untuk disambungkan ke soket elektrik.