10 Jenis Kabinet Dapur Yang Terlaris

Bukan sekadar sebagai ruang simpanan, kabinet dapur juga dapat memberikan wajah baru kepada suasana di dalam dapur anda. Kabinet ini terdapat dalam pelbagai reka bentuk serta perbezaan dari segi warna, bilangan rak atau laci, kualiti dan material binaan. Boleh dikatakan apa sahaja tema yang anda ingin padankan dengan dapur anda, pasti ada sahaja kabinet yang dapat melengkapkannya. Yang menjadi batasan hanyalah faktor harga.

Memilih kabinet yang ideal untuk dapur mungkin sesuatu perkara yang membuatkan anda sering menggaru kepala. Apatah lagi sekarang sudah terlalu banyak pilihan kabinet yang berada di pasaran. Walau bagaimanapun, majoriti individu lebih cenderung kepada gaya kabinet yang simple dan tidak terlalu mendominasi ruang. Di sini, disenaraikan 10 jenis kabinet dapur yang menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia untuk tahun 2023.

1. Kabinet Dapur 3 Pintu (4ft)

  • Saiz: H 32.5 “x W 50” x D 16 “
  • Warna: Krim & Wenge
  • Bahan: Panel papan lapis (Plywood)

2. Stainless Steel Kitchen Cabinet Euro Style

Kabinet gaya Eropah yang berketinggian 77cm ini dibina daripada bahan-bahan berkualiti seperti kayu, aluminium dan keluli tahan karat. Terdapat dalam dua bahagian kabinet yang boleh digabungkan atau dipisahkan untuk dipadankan dengan dapur anda. Sesuai untuk diletakkan di penjuru dapur.

3. Kabinet Dapur Gas Atmua

Kabinet gas dapur Atmua ini dapat memuatkan satu tangki gas seberat 16kg di dalam kabinetnya. Bahagian meja atasnya yang berasaskan marmar menjadikan kabinet ini kalis air dan tahan panas.

4. EUREKA DESIGN 5ft Low Gas Cabinet

Sesuai untuk kebanyakan dapur, kabinet ini diperbuat daripada gabungan papan lapis dan papan partikel. Jubin digunakan sebagai alas di bahagian atasnya.

5. 5 Feet Kitchen Cabinet 581

Kabinet dapur ini mempunyai 4 pintu dan 1 laci. Dimensi produk ini adalah: Tinggi 32” x Lebar 56” x Kedalaman 16”

6. Gas Cabinet With Top Tiles (4ft)

Kabinet yang berpintu tiga ini diperbuat daripada material Chipbord. Terdapat dalam 2 jenis warna iaitu coklat dan putih. Dimensi produk adalah seperti berikut: Lebar 48’’ X Kedalaman 16’’ X Ketinggian 33’’

7. Gas Cabinet 9898

Kabinet berwarna Maple ini mempunyai tiga pintu dan satu laci yang lebar di bawah meja memasak. Dimensi adalah seperti berikut: Tinggi 32.5cm x Lebar 48cm x Kedalaman 16cm

8. Kitchen Cabinet K404L

Reka bentuk hampir serupa dengan ‘Gas Cabinet 9898’ cuma jumlah pintunya sahaja yang kurang. Sangat sesuai untuk dapur yang kecil. Warna kabinet ini adalah Dark Somana Oak.

9. EUREKA DESIGN 6ft Low Kitchen Cabinet

Reka bentuk kabinet ini agak panjang dan sesuai untuk sesiapa yang mempunyai ruang dapur yang luas. Diperbuat dari gabungan papan lapis dan papan partikel. Dimensi kabinet ini adalah: Tinggi 31″ x Kedalaman 17″ x Lebar 70″

10. 2.5 Feet Gas Cooker Cabinet With Mosaic Top

Kabinet dapur yang paling kecil dan padat di dalam senarai ini. Diperbuat sepenuhnya daripada papan lapis. Mudah untuk dipasang sendiri.

Kabinet Dapur: Panduan Pembeli

Kabinet dapur pasang siap (self-assembly) menawarkan pelbagai kelebihan berbanding kabinet dapur buatan khas (custom made). Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh pertimbangkan sebelum membeli kabinet dapur:

Ketahui Material Binaan Yang Digunakan

Material binaan adalah salah satu perkara yang perlu diteliti sebelum membeli kabinet kesukaan anda. Kebanyakannya terdiri daripada variasi kayu plywood, MDF (medium density fiberboard) atau particleboard. Kabinet yang menggunakan besi tahan karat biasanya lebih berat berbanding kabinet berasaskan material kayu.

Dimensi Kabinet

Cari dimensi atau anggaran ukuran kabinet yang anda pilih dan cuba padankan dengan ruang dapur anda. Ini kerana, ukuran standard kabinet yang berada di pasaran tidak semestinya sesuai dengan ruang di dalam dapur anda. Individu yang memiliki dapur yang sempit misalnya, lebih sesuai mendapatkan kabinet yang tidak memakan ruang sehingga membataskan pergerakan di dapur.

Reka Bentuk Kabinet

Memandangkan ada bermacam-macam reka bentuk kabinet yang dihasilkan sekarang, mungkin lebih afdal sekiranya anda membuat dahulu saringan senarai kabinet yang anda rasa paling sesuai untuk koleksi perkakas dapur anda atau keadaan serta saiz dapur di rumah. Bagi yang cenderung kepada ciri estetik, lihat dari faktor keserasian—sama ada dari segi warna, saiz, ketinggian atau tema reka bentuk.

Harga

Kabinet pasang siap adalah unit DIY dan merupakan jenis kabinet dapur yang menjadi pilihan ramai individu disebabkan harganya yang berpatutan. Harga secara amnya bergantung kepada faktor saiz, konfigurasi dan material buatan. Maka pilihlah kabinet yang memberikan nilai yang sepadan dengan harga yang ditawarkan.

Ciri-ciri Lain

Cuba anggarkan berapa ruang simpanan yang anda perlukan dari kabinet tersebut. Kabinet yang praktikal sepatutnya mempunyai ruang yang mencukupi, serta laci dan rak yang menawarkan akses mudah untuk kesemua perkakas yang disimpan. Pastikan kabinet itu mempunyai ruang untuk menyimpan tangki gas sekiranya anda ingin meletakkan dapur memasak di bahagian mejanya (countertop).

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *