10 Jenis Jumper Kereta Yg Terlaris Di Kalangan Pemandu

Bateri yang kehabisan kuasa atau lemah merupakan salah satu punca mengapa enjin kereta sukar untuk dihidupkan.

Namun begitu, anda tidak perlu terburu-buru menggantikan bateri selagi anda belum pasti apakah punca sebenar enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan.

Salah satu cara untuk menghidupkan kereta anda ialah dengan menggunakan bantuan jumper bateri dengan bantuan ‘penderma’ kuasa.

Jumper kereta mungkin tidak dianggap sebagai keperluan harian, tetapi dalam kes-kes tertentu anda terpaksa juga mencari atau menggunakan bantuan jumper kereta apabila anda menghadapi masalah menghidupakan enjin kereta kerana bateri lemah atau kehabisan kuasa.

Apabila menggunakan jumper kereta, pastikan anda mempraktikkan langkah-langkah dan aspek keselamatan, termasuklah ketika membuat penyambungan wayar.

1. Set Jumper/Charger Kereta FOXSUR 12V 5A

Alat ini mempunyai fungsi ‘repair mode’, untuk mengecas bateri yang sudah lemah (bukan rosak). Ia juga mempunyai cooling fan dengan radiator aluminium yang terbina di dalam bagi memanjangkan jangka hayat alat ini.

Boleh digunakan untuk semua jenis bateri basah dan kering (12V) kereta atau motosikal.

2. Set Jumper & Fungsi Pam Tayar BOSOKO

Alat ini mempunyai teknologi yang telah dipatenkan dan terdapat 5 paparan kuasa bagi menunjukkan status atau tahap semasa bateri. Bateri adalah dari jenis polimer dan mempunyai kapasiti sebanyak 69800mAh. Fungsi pengepam tayar turut disertakan, dan ia sangat berguna ketika kenderaan menghadapi masalah tayar pancit ketika dalam perjalanan.

3. Jumper Kereta All-in-One (Jump-start, pam tayar, mengecas & lampu)

Set jumper kereta serba-boleh ini mampu memberikan jump-start mana-mana kenderaan 12V berenjin petrol atau diesel. Ia juga sesuai digunakan untuk mengecas smartphone, laptop atau alatan gajet yang lain. Alat ini mempunyai kapasiti bateri sebanyak 10200mAh.

4. Jumper Kereta Electrox

Menggunakan bateri berkualiti yang berkapasiti 10,000mAh, mampu memberikan jump-start kepada kenderaan anda sehingga 25 kali. Casingnya pula adalah dari jenis yang tahan panas dan sesuai digunakan dengan keadaan iklim panas lembap di Malaysia. Baterinya mempunyai sistem cip pintar, dimana ia akan memastikan alat langsung tidak akan memakan kuasa walaupun ketika tidak digunakan.

5. Set Jumper & Pengepam Tayar

Spesifikasi:

  • Tukul Keselamatan.
  • 2 x USB (5V)
  • Tiga Lampu LED Kecemasan
  • Pisau kecemasan untuk memotong tali pinggang keledar ketika berlaku kemalangan.
  • Plug 3 Pin.
  • Kapasiti bateri sebanyak 99800mAh.

6. Set Powerbank Untuk Kereta (99800mAh)

Alat ini sesuai digunakan sebagai jump-starter untuk kenderaan 12v. Walaupun ia boleh mengecas peranti elektronik am atau gajet, ia tidak sesuai untuk digunakan untuk kenderaan besar seperti lori, trak atau bas.

7. Car Jumper 8000MAH – Baseus

Alat dengan bateri jenis litium-ion 8000mah ini direka untuk kenderaan 12v dengan enjin berkadar sehingga 4.0L petrol atau 2.5L diesel. Ianya juga shockproof, kalis air dan kalis habuk.

8. Jumper Kereta Heavy-Duty 24000mah

Spesifikasi:

  • Hanya perlu menukar mod yang sesuai untuk jenis kenderaan anda.
  • Boleh jumpstart kenderaan petrol 6000cc dan 5000cc diesel pada 12 volt.
  • Mampu jumpstart Lori 24 Tan 24V.
  • Kapasiti sebenar – 24000mAh.

9. CARKU Jump Starter 12V/24V

Spesifikasi:

  • Boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan sama ada kereta, motosikal, atau trak besar sehingga 15000 cc.
  • Sesuai untuk enjin 12V atau 24V.
  • Ia mempunyai sistem perlindungan litar pintas yang menghalang bateri daripada disambung secara terbalik, serta perlindungan ‘overheating'.

10. CARKU Jump Starter 12V/16000mAh

Spesifikasi:

  • Kapasiti bateri: 3.2V/16000mAh/44.8Wh
  • Masa untuk mengecas (sehingga bateri penuh): 4 Jam

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *