Samsung Galaxy Z Flip4 (Harga & Spesifikasi)

Spesifikasi: Skrin ‘Foldable Dynamic' AMOLED 2X, 6.7″ 120Hz (dengan sokongan HDR10+), Skrin luar 1.9″, 8GB RAM dan 128/256/512GB ROM, kamera hadapan 10MP, kamera belakang 12MP + 12MP, bateri 3700mAh (dengan pengecasan pantas 25W), cipset Snapdragon 8+ Gen 1.

1* Harga boleh berubah. Bergantung kepada nilai pasaran semasa.Harga Untuk Pasaran Malaysia:

  • RM 4,099 (128GB)
  • RM 4,399 (256GB)
  • RM 4,899 (512GB)

Terdapat 9 variasi warna iaitu; Bora Purple, Graphite, Pink Gold, Blue, Yellow, White, Navy, Khaki dan Red. Galaxy Z Flip4 boleh dibeli (bergantung pada ketersediaan stok) melalui Shopee MY dan Lazada MY. Untuk melihat harga terkini, sila klik mana-mana button di bawah.

Video Unboxing Untuk Samsung Galaxy Z Flip4

Ciri-ciri Utama Samsung Galaxy Z Flip4

Galaxy Z Flip4 ialah peranti mudah alih yang mula diperkenalkan pada 10 Ogos 2022. Butiran teknikalnya adalah seperti berikut:

Skrin

Galaxy Z Flip4 direka dengan skrin boleh-lipat yang dipanggil Foldable Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.7 inci, serta skrin kecil di luar jenis Super AMOLED yang bersaiz 1.9 inci. Peranti ini juga menawarkan sokongan format HDR10+ dan mempunyai kecerahan maksimum sebanyak 1200 nits.

Fizikal

Berat Galaxy Z Flip4 dengan badan binaan kaca dan aluminium ini adalah dalam sekitar 187 gram. Ia lengkap dengan slot Nano-SIM dan telah diberikan penarafan IPX8 iaitu kalis air. Ia juga diperkasakan dengan bingkai aluminium yang dikatakan tahan dari rintangan jatuh dan calar.

Unit Pemproses & Bateri

Unit pemproses atau CPU yang digunakan adalah Snapdragon 8+ Gen 1 keluaran Qualcomm, beserta dengan GPU Adreno 730 untuk memproses grafik. Telefon pintar ini menggunakan Android 12 (One UI 4.1.1) sebagai sistem operasinya.

Galaxy Z Flip4 dikuasakan oleh bateri berkapasita 3700mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas 25W. Sekitar 50% kadar pengecasan bateri boleh dicapai dalam tempoh 30 minit.

Memori & Storan

Galaxy Z Flip4 mempunyai kapasiti memori (RAM) yang terhad kepada 8GB. Untuk storan, ia mempunyai opsyen ruang antara 128, 256 dan 512GB ROM. Pilihan jenis penyambungan yang terdapat pada Galaxy Z Flip4 ini termasuk Wi-Fi, GPS, Bluetooth v5.2, port USB Jenis-C dan NFC.

Kamera

Pada bahagian belakang Galaxy Z Flip4, terdapat satu LED flash dan 2 jenis lensa kamera iaitu:

  • 12MP (Kamera utama – Wide)
  • 12MP (Kamera Ultrawide)

Di bahagian hadapan Galaxy Z Flip4, terdapat satu kamera selfie 10MP yang boleh merekod video berformat 4K (dengan kelajuan 30fps).

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *