Poco X4 Pro 5G (Harga & Spesifikasi)

Spesifikasi: Skrin AMOLED 6.67″ 120Hz, 6/8GB RAM dan 64/128/256GB ROM, kamera hadapan 16MP, kamera belakang 108MP + 64MP + 8MP + 2MP, bateri 5000mAh (dengan pengecasan pantas 67W), cipset Snapdragon 695 5G.

1* Harga boleh berubah. Bergantung kepada nilai pasaran semasa.Harga Untuk Pasaran Malaysia:

  • RM 1,199 (6GB + 128GB)
  • RM 1,499 (8GB + 256GB)

Terdapat 3 variasi warna iaitu; Laser Black, Laser Blue dan Poco Yellow. Poco X4 Pro boleh dibeli (bergantung pada ketersediaan stok) melalui Shopee MY dan Lazada MY. Untuk melihat harga terkini, sila klik mana-mana button di bawah.

Video Unboxing Untuk Poco X4 Pro 5G

Ciri-ciri Utama Poco X4 Pro 5G

Poco X4 Pro ialah peranti mudah alih yang mula diperkenalkan pada 28 Februari 2022. Butiran teknikalnya adalah seperti berikut:

Skrin

Poco X4 Pro direka dengan skrin AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 1080 x 2400 pixel (~395 PPI density) dan aspek ratio 20:9. Peranti ini mempunyai kecerahan maksimum sebanyak 1200 nits. Ia menggunakan Corning Gorilla Glass 5 sebagai pelindung peranti.

Fizikal

Berat Poco X4 Pro dengan badan binaan kaca dan plastik ini adalah dalam sekitar 205 gram. Ia lengkap dengan slot Dual SIM (hibrid) dan microSDXC (berkongsi dengan slot SIM), dan telah diberikan penarafan IP53 iaitu kalis habuk dan tahan percikan air.

Unit Pemproses & Bateri

Unit pemproses atau CPU yang digunakan adalah Snapdragon 695 5G (6 nm) keluaran Qualcomm, beserta dengan GPU Adreno 619 untuk memproses grafik. Telefon pintar ini menggunakan Android 11 (MIUI 13) sebagai sistem operasinya.

Poco X4 Pro dikuasakan oleh bateri berkapasita 5000mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas 67W. Sekitar 70% kadar pengecasan bateri boleh dicapai dalam tempoh 22 minit. Manakala 41 minit diperlukan untuk pengecasan penuh.

Memori & Storan

Poco X4 Pro mempunyai dua pilihan kapasiti memori (RAM) iaitu 6 dan 8GB. Untuk storan, ia mempunyai opsyen ruang antara 64, 128 dan 256GB ROM. Pilihan jenis penyambungan yang terdapat pada Poco X4 Pro ini termasuk Wi-Fi, GPS, Bluetooth v5.1, port USB Jenis-C dan 3.5mm headphone jack.

Kamera

Pada bahagian belakang Poco X4 Pro, terdapat satu LED flash dan 4 jenis lensa kamera iaitu:

  • 108MP (Kamera utama – Wide)
  • 64MP (Kamera Wide #2)
  • 8MP (Kamera Ultrawide)
  • 2MP (Kamera Macro)

Di bahagian hadapan Poco X4 Pro, terdapat satu kamera selfie 16MP yang boleh merekod video berformat 1080p, termasuk ciri-ciri HDR dan panorama.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *