Poco F4 GT 5G (Harga & Spesifikasi)

Spesifikasi: Skrin AMOLED 6.67″ 120Hz (dengan sokongan HDR10+), 8/12GB RAM dan 128/256GB ROM, kamera hadapan 20MP, kamera belakang 64MP + 8MP + 2MP, bateri 4700mAh (dengan pengecasan pantas 120W), cipset Snapdragon 8 Gen 1.

1* Harga boleh berubah. Bergantung kepada nilai pasaran semasa.Harga Untuk Pasaran Malaysia:

  • RM 2,499 (12GB + 256GB)

Terdapat 3 variasi warna iaitu; Stealth Black, Knight Silver dan Cyber Yellow. Poco F4 GT boleh dibeli (bergantung pada ketersediaan stok) melalui Shopee MY dan Lazada MY. Untuk melihat harga terkini, sila klik mana-mana button di bawah.

Video Unboxing Untuk Poco F4 GT 5G

Ciri-ciri Utama Poco F4 GT 5G

Poco F4 GT ialah peranti mudah alih yang mula diperkenalkan pada 26 April 2022. Butiran teknikalnya adalah seperti berikut:

Skrin

Poco F4 GT direka dengan skrin AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 1080 x 2400 pixel (~395 PPI density) dan aspek ratio 20:9. Peranti ini juga menawarkan sokongan format HDR10+ dan mempunyai kecerahan maksimum sebanyak 800 nits. Ia menggunakan Corning Gorilla Glass Victus sebagai pelindung ekstra jika peranti terjatuh.

Fizikal

Berat Poco F4 GT dengan badan binaan aluminium dan kaca ini adalah dalam sekitar 210 gram. Ia lengkap dengan slot Dual SIM dan ‘pop-up gaming triggers' magnetik.

Unit Pemproses & Bateri

Unit pemproses atau CPU yang digunakan adalah Snapdragon 8 Gen 1 keluaran Qualcomm, beserta dengan GPU Adreno 730 untuk memproses grafik. Telefon pintar ini menggunakan Android 12 (MIUI 13) sebagai sistem operasinya.

Poco F4 GT dikuasakan oleh bateri berkapasita 4700mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas 120W. 100% kadar pengecasan bateri boleh dicapai dalam tempoh 17 minit.

Memori & Storan

Poco F4 GT mempunyai dua pilihan kapasiti memori (RAM) iaitu 8 dan 12GB. Untuk storan, ia mempunyai opsyen ruang antara 128 dan 256GB ROM. Pilihan jenis penyambungan yang terdapat pada Poco F4 GT ini termasuk Wi-Fi, GPS, Bluetooth v5.2, port USB Jenis-C dan pembesar suara yang ditala oleh JBL.

Kamera

Pada bahagian belakang Poco F4 GT, terdapat dua LED flash dan 3 jenis lensa kamera iaitu:

  • 64MP (Kamera utama – Wide)
  • 8MP (Kamera Ultrawide)
  • 2MP (Kamera Macro)

Di bahagian hadapan Poco F4 GT, terdapat satu kamera selfie 20MP yang boleh merekod video berformat 720p dan 1080p.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *