Oppo Reno 7 Pro 5G (Harga & Spesifikasi)

Spesifikasi: Skrin AMOLED 6.55″ 90Hz (dengan sokongan HDR10+), 8/12GB RAM dan 256GB ROM, kamera hadapan 32MP, kamera belakang 50MP + 8MP + 2MP, bateri 4500mAh (dengan pengecasan pantas 65W), cipset Dimensity 1200 Max.

1* Harga boleh berubah. Bergantung kepada nilai pasaran semasa.Harga Untuk Pasaran Malaysia:

  • RM 2,999 (256GB)

Terdapat 4 variasi warna iaitu; Starlight Black, Startrails Blue, Gold dan League of Legends. Oppo Reno 7 Pro boleh dibeli (bergantung pada ketersediaan stok) melalui Shopee MY dan Lazada MY. Untuk melihat harga terkini, sila klik mana-mana button di bawah.

Video Unboxing Untuk Oppo Reno 7 Pro 5G

Ciri-ciri Utama Oppo Reno 7 Pro 5G

Oppo Reno 7 Pro ialah peranti mudah alih yang mula diperkenalkan pada 25 November 2021. Butiran teknikalnya adalah seperti berikut:

Skrin

Oppo Reno 7 Pro direka dengan skrin AMOLED 6.55 inci dengan resolusi 1080 x 2400 pixel (~402 PPI density) dan aspek ratio 20:9. Peranti ini menawarkan sokongan format HDR10+ dan mempunyai kecerahan maksimum sebanyak 920 nits. Ia juga menggunakan Corning Gorilla Glass 5 sebagai pelindung ekstra jika peranti terjatuh.

Fizikal

Berat Oppo Reno 7 Pro dengan badan binaan kaca ini adalah dalam sekitar 180 gram. Ia lengkap dengan slot Dual SIM dan mempunyai fungsi notifikasi RGB di sekitar lensa kameranya.

Unit Pemproses & Bateri

Unit pemproses atau CPU yang digunakan adalah Dimensity 1200 Max keluaran MediaTek, beserta dengan GPU ARM G77 MC9 untuk memproses grafik. Telefon pintar ini menggunakan Android 11 sebagai sistem operasinya.

Oppo Reno 7 Pro 5G dikuasakan oleh bateri berkapasita 4500mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas 65W. 100% kadar pengecasan bateri boleh dicapai dalam tempoh 31 minit.

Memori & Storan

Oppo Reno 7 Pro 5G mempunyai dua pilihan kapasiti memori (RAM) iaitu 8 dan 12GB. Untuk storan, ia mempunyai ruang yang terhad kepada 256GB ROM. Pilihan jenis penyambungan yang terdapat pada Oppo Reno 7 Pro ini termasuk Wi-Fi, GPS, Bluetooth v5.2, port USB Jenis-C dan NFC.

Kamera

Pada bahagian belakang Oppo Reno 7 Pro 5G, terdapat satu LED flash dan 3 jenis lensa kamera iaitu:

  • 50MP (Kamera utama – Wide)
  • 8MP (Kamera Ultrawide)
  • 2MP (Kamera Macro)

Di bahagian hadapan Oppo Reno 7 Pro, terdapat satu kamera selfie 32MP yang boleh merekod video berformat 1080p dan 4K. Ini termasuk fungsi gyro-EIS untuk menstabilkan rakaman.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *