Apple iPhone 13 Pro Max (Harga & Spesifikasi)

Spesifikasi: Skrin Super Retina XDR OLED 6.7″, 6GB RAM dan 128/256/512GB/1TB ROM, kamera hadapan 12MP dengan fungsi HDR, kamera belakang 12MP + 12MP + 12MP, bateri 4352mAh (dengan pengecasan pantas 27W), cipset Apple A15 Bionic.

1Harga boleh berubah. Bergantung kepada nilai pasaran semasa. Harga Untuk Pasaran Malaysia:

  • RM 4,999 (128GB)
  • RM 5,499 (256GB)
  • RM 7,299 (1TB)

Terdapat 5 variasi warna iaitu; Graphite, Gold, Silver, Sierra Blue dan Alpine Green. iPhone 13 Pro Max boleh dibeli melalui Shopee MY dan Lazada MY. Untuk melihat harga terkini, sila klik mana-mana button di bawah.

Video Unboxing Untuk iPhone 13 Pro Max

Ciri-ciri Utama iPhone 13 Pro Max

iPhone 13 Pro Max ialah peranti mudah alih yang mula diperkenalkan pada 14 September 2021. Butiran teknikalnya adalah seperti berikut:

Skrin

iPhone 13 Pro Max direka dengan skrin Super Retina XDR OLED 6.7 inci dengan resolusi 1284 x 2778 pixel (~458 PPI density) dan aspek ratio 19.5:9. Ia juga menawarkan sokongan format HDR10 untuk kecerahan dan warna yang lebih terperinci. Peranti ini menggunakan kaca seramik tahan calar serta salutan Oleophobic untuk ketahanan ekstra.

Fizikal

Berat iPhone 13 Pro Max yang berbadan ‘stainless steel ‘ ini adalah dalam sekitar 240 gram. Ia lengkap dengan slot untuk meletakkan kad SIM dan telah diberikan penarafan IP68 sebagai peranti kalis habuk dan air.

Unit Pemproses & Bateri

Unit pemproses atau CPU yang digunakan adalah yang dibina oleh Apple Inc sendiri iaitu A15 Bionic, beserta dengan Apple GPU 5-core untuk memproses grafik. Telefon pintar ini menggunakan iOS 15 sebagai sistem operasinya.

iPhone 13 Pro Max dikuasakan oleh bateri berkapasita 4352mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas 27W. Sekitar 50% kadar pengecasan bateri boleh dicapai dalam tempoh 30 minit.

Memori & Storan

Setiap varian iPhone 13 Pro Max mempunyai kapasiti memori RAM sebanyak 6GB. Untuk storan, ia mempunyai opsyen ruang antara 128/256/512GB dan 1TB ROM, namun tidak boleh dikembangkan kerana tidak ada slot microSD. Pilihan jenis penyambungan yang terdapat pada iPhone 13 Pro Max ini termasuk Wi-Fi, GPS, Bluetooth v5.0, port Lightning USB 2.0 dan NFC.

Kamera

Pada bahagian belakang iPhone 13 Pro Max, terdapat dua LED flash dan tiga jenis lensa kamera iaitu:

  • 12MP (Kamera utama – Wide)
  • 12MP (Kamera Telephoto dengan 3x zoom optikal)
  • 12MP (Kamera Ultrawide)

Di bahagian hadapan iPhone 13 Pro Max terdapat satu kamera selfie 12MP yang boleh merekod video berformat 1080p atau 4K.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *