8 Gerudi Tangan Untuk Sebarang Kerja Pertukangan

Salah satu alat perkakas yang tidak dapat dikecualikan dalam sebarang bidang pertukangan adalah gerudi tangan atau ‘hand drill'. Alat ini berfungsi sebagai penggerudi elektrik yang efisien ketika melakukan kerja pertukangan seperti membuat lubang konkrit, menggerudi kayu atau kerja ringan seperti membuka dan mengetatkan skru. Bergantung kepada jenis pertukangan, secara amnya ia tidaklah begitu susah untuk digunakan, malah golongan bukan professional juga boleh menggunakannya tanpa masalah. Penggunaan gerudi elektrik dapat menjimatkan masa dan segala pembaikan atau dekorasi akan dapat dilakukan dengan lebih sempurna.

Terdapat pelbagai jenis gerudi tangan yang berada di pasaran, dan berikut adalah senarai 8 jenis gerudi tangan yang terlaris di Malaysia (mengikut kategori dan fungsi masing-masing). [Dikemaskini 2023]

1. Bosch GSB10RE Professional Impact Drill

Gerudi tangan berwayar dan kompak jenama Bosch ini memiliki kekuatan motor 500W. Saiz dan berat hanya sekitar 1.5kg dan sesuai digunakan dalam ruang ataupun sudut yang sempit. Alat ini turut dilengkapi dengan 100 aksesori tambahan.

2. Buzztech 3.6V Cordless Electric Screwdriver Drill

Sesuai digunakan untuk kerja-kerja pembaikan yang ringan seperti mengetat atau melonggarkan skru, termasuk menggerudi permukaan yang sederhana keras. Dilengkapi dengan fungsi ‘Electronic Cell Protection’ (ECP) untuk mengelakkan beban berlebihan seperti arus elektrik tinggi, terlalu panas dan ‘deep discharge’.

3. Gerudi Tangan Wayarles Nakata Nkt1231 2-Bateri

Rekaan yang simple dan ringan. Salah satu gerudi tangan yang boleh dicaskan dengan yang pantas – iaitu dalam masa 1 jam. Dilengkapi dengan 2 pilihan kelajuan (High / Low) serta mempunyai lampu LED untuk memudahkan anda bekerja di tempat yang gelap.

4. Makita MT M0801G 16mm Hammer Drill 500W

Antara jenama yang popular dikalangan pengguna professional. Sesuai digunakan untuk kerja-kerja berat seperti menggerudi besi, kayu, aluminium dan plaster. Gerudi berwayar ini diperkuatkan dengan fungsi impak untuk menggerudi dinding dan batu yang keras.

5. STANLEY 12V Cordless 10mm Drill Driver

Walaupun reka bentuknya agak kompak, gerudi tangan Stanley merupakan alat yang berprestasi tinggi dan tahan lasak. Menggunakan batteri 1.5Ah Li-Ion yang mempunyai fungsi “auto discharge” untuk memaksimumkan produktiviti.

6. Gerudi Wayarles Joustmax 4.8V

Direka untuk kegunaan ringkas seperti mengetat atau melonggarkan skru, gerudi ini dilengkapkan dengan fungsi lampu LED. Ia juga mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas agar produk ini mampu bertahan lebih lama.

7. PRODIY PID Cordless Impact Drill Screwdriver With Hammer

Mempunyai 3 jenis mod (Hammer, Impact, Driver) dan 2 pilihan kelajuan Gearbox – 1550RPM dan 450RPM. Reka bentuk yang ergonomic, serta mempunyai fungsi lampu LED, kunci automatic, dan masa pengecasan yang pantas.

8. Bosch GBM 350 Drill Professional 350W

Satu lagi gerudi tangan keluaran Bosch dan kali ini dengan reka bentuk yang lebih kompak. Alat ini mempunyai motor berkuasa 350 watts dan adalah jenis gerudi berwayar.

Gerudi Tangan: Panduan Pembeli

Sama ada anda menggunakan gerudi tangan untuk kegunaan di rumah ataupun sebagai servis, anda seharusnya memilih peralatan yang sesuai dan selari dengan projek yang dikerjakan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kesulitan yang tidak diingini. Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh pertimbangkan sebelum membeli gerudi tangan:

Wayar atau Tanpa Wayar (Wayarles)

Gerudi tangan yang berwayar selalunya lebih ringan berbanding dengan yang tidak berwayar kerana tidak mempunyai beban batteri. Wayarles memberikan kelebihan dari segi mobiliti, contohnya ketika berada di tempat yang tidak mempunyai soket plug ataupun ruang yang sempit. Namun begitu, gerudi tangan berwayar selalunya menawarkan prestasi yang lebih baik dalam melakukan kerja-kerja yang lebih berat.

Jenis gerudi

Terdapat banyak jenis gerudi—dari segi bentuk mahupun saiz, dan ini sememangnya menyulitkan lagi seseorang itu untuk memilih gerudi yang sesuai.

Jika tujuan pertukangan lebih kepada untuk menggerudi lubang, pilihan yang sesuai adalah gerudi yang mempunyai kekuatan bateri sekurang-kurangnya 18V atau 500W untuk jenis berwayar. Anda juga disarankan untuk memilih gerudi berkuasa tinggi yang menawarkan fungsi-fungsi tambahan seperti Impact, Hammer dan Driver jika ingin melakukan kerja yang lebih berat seperti menggerudi permukaan keras (bata, batu, besi, dan lain-lain).

Jika penggunaan lebih kepada mengetat atau melonggarkan skru, pilihan yang sesuai adalah jenis wayarles yang berkuasa rendah. Faktor berat memainkan peranan penting dalam pemilihan ini kerana ia boleh menjimat masa dan tenaga ketika melakukan pertukangan.

Harga

Sehingga kini, gerudi tangan terdapat dalam pelbagai jenis jenama, saiz dan fungsi dan harga yang ditawarkan adalah berbeza-beza. Dari aspek harga, anda dinasihatkan agar lebih cenderung untuk memilih peralatan yang menawarkan nilai kepada wang anda (contohnya: daya ketahanan alat, warranti) dan berfungsi seperti yang anda mahukan.

Ciri-ciri lain

Sebelum membeli gerudi tangan, pastikan jenis kerja yang perlu dilaksanakan. Kenal pasti ruang atau lokasi bertukang serta material permukaan yang perlu digerudi.

Related Posts

This Post Has One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *