16 Gajet & Aksesori Yg Menarik Untuk Pengguna Smartphone

Smartphone telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian kita. Selari dengan kemajuan teknologi, cara kita berinteraksi dengan peranti ini pun telah berubah. Pasaran alat dan aksesori smartphone yang sentiasa berkembang secara tidak langsung juga meningkatkan lagi versatiliti alat ini.

Dalam artikel ini, kita akan meninjau 16 jenis gajet dan aksesori smartphone yang menarik dan popular ketika ini!

1. Projektor HD Wireless Mini YT400 [100 inci] – (Buat Pawagam Sendiri Di Rumah)

Projektor mudah alih beraiz mini ini menawarkan fungsi yg ideal utk tujuan presentation ataupun hiburan. Padat dan ringan, alat ini membolehkan anda menayangkan video dan gambar secara wayarles dari telefon anda. Dengan kualiti imej yang tinggi dan harga mampu milik, ia adalah pilihan yg terbaik utk kegunaan peribadi dan profesional.

2. TWS Bluetooth Earphones – (Tanpa Wayar, Bateri Tahan Lama)

Earphone tanpa wayar yg ringan ini amat selesa utk dipakai, mempunyai reka bentuk yg kecil dan padat, dan boleh dimuatkan ke dalam poket.

Spesifikasi:

  • 9D surround sound, Cip dual-ear 5.0
  • Speaker dinamik 10MM, dgn teknologi berfrekuensi tinggi HIFI.
  • Kotak cas mempunyai LED utk paparan kadar bateri.
  • Bateri litium 3500 mAh, keupayaan mengecas yg pantas.
  • Sambungan Bluetooth 5.0 yang stabil dan rendah latensi.
  • Kawalan sentuhan yg mudah.

3. ACC30 – Phone Screen Magnifier (Pembesar Skrin Telefon)

Magnifier skrin telefon ini boleh menjadikan skrin telefon anda kelihatan lebih besar. Sesuai untuk digunakan ketika menonton movie, membaca ataupun melayari internet.

4. Bluetooth Speaker Mudah-alih

Walaupun reka bentuknya kecil dan agak padat, speaker wayarles ini mampu menghasilkan bunyi yg berkualiti. Spesifikasi produk adalah seperti berikut:

Jarak Bluetooth: <33 kaki
Sokongan: FM radio, TF Card, 3.5mm Audio Input
Kapasiti Bateri: 1200mAh
Tempoh Mengecas: 2-3 Jam
Masa Mendengar: 6-8 Jam

5. Stylus for Smartphone – Pen Utk Menulis/Melukis Atas Skrin

Stylus ini membolehkan anda menulis dengan jelas pada skrin sentuh peranti anda. Sama ada anda ingin mengambil nota, melukis atau menavigasi telefon, ketepatan dan kawalan pen stylus adalah lebih baik berbanding menggunakan jari.

6. VRG Pro Virtual Reality Headset (Utk Smartphone Saiz 5 – 7 Inci)

Set realiti maya untuk smartphone ini membolehkan anda bermain game dan menonton movie dengan cara yang lebih mengasyikkan. Hanya masukkan telefon ke dalam set VR dan ianya sedia utk digunakan.

7. Pemegang Smartphone Fleksibel 360°

Pemegang fleksibel ini boleh dikepitkan di mana sahaja bagi menyediakan platform yang stabil utk telefon anda. Sesuai untuk panggilan video, menonton movie atau melayari laman web. Ia juga boleh dibengkokkan bagi mendapatkan sudut pandangan yg selesa.

8. Aolon 15W Qi Wireless Charger – Pengecas Tanpa Wayar

Pengecas wayarles menawarkan kaedah yg mudah dan pantas utk mengecas telefon anda. Hanya letakkan telefon pada pad, dan cas akan bermula tanpa memerlukan kabel. Ia juga serasi dgn pelbagai jenis peranti. Charger ini ideal bagi yg sukakan ruang kemas dan minimalis.

9. Camera Shutter Remote – Pengatup Kamera Kawalan Jauh

Alat ini membolehkan anda mengambil foto selfie, berkumpulan atau video dari jarak jauh dgn lebih mudah. Tidak perlu lagi membuat set countdown yg biasanya menjadikan kita kelam-kabut ketika mengambil gambar.

10. Sarung Jari Untuk Mobile Gaming

Aksesori wajib bagi penggemar mobile games. Direka utk memberikan cengkaman yg lebih efisien serta menghalang pengaliran peluh yg dapat menjejaskan skrin. Sarung jari ini pasti dpt menjadikan sesi gaming anda menjadi lebih seronok dan selesa.

11. Mobile Game Controller M6 – Kawalan Lebih Tepat & Responsif

Kontroler ini menawarkan kaedah permainan yg lebih tradisional iaitu dgn butang dan stik. Aksesori ini serasi dengan pelbagai jenis peranti dan boleh disambungkan melalui Bluetooth. Jika dibandingkan dgn kawalan skrin sentuh, alat ini jauh lebih responsif dan tepat.

12. Mini Portable Thermal Printer – Printer Mini Tanpa Memerlukan Ink

Disebabkan saiznya yg kecil, printer mini yg comel ini mudah utk dibawa ke mana-mana. Printer ini juga tidak memerlukan dakwat atau toner kerana ia menggunakan teknologi ‘thermal printing' (cetakan haba). Sesuai utk membuat cetakan simple seperti dokumen, resit dan nota penting.

13. QWERTY Folding Keyboard – Alat Menaip Yg Boleh Dilipat

Keyboard boleh-lipat ini sesuai bagi mereka yg tengah mencari alat menaip yg padat, mudah-alih dan ringan. Aksesori ini juga boleh dimuatkan ke dalam beg dan poket, menjadikannya keyboard yg ideal utk digunakan semasa dalam perjalanan.

14. APEXEL APL-DG10 Phone Camera Lens Kit (10-in-1)

Kit lensa kamera utk smartphone ini boleh meningkatkan kualiti fotografi ke tahap yg lebih tinggi. Dengan 10 jenis kanta termasuk sudut lebar, makro dan telefoto, anda kini boleh menangkap gambar yang lebih terperinci dan memuaskan.

15. Ulanzi U-Rig Pro Smartphone Video Rig

Rig video Ulanzi ini mampu meningkatkan keupayaan rakaman video telefon anda. Dengan adanya pencahayaan LED, microphone, cengkaman dan pelekap boleh-laras, rig ini membolehkan anda menghasilkan video yg berkualiti dan profesional dgn mudah.

16. Wireless Endoscope Camera – Kamera Endoskop Wayarles (2 – 5m)

Kamera endoskop adalah sejenis alat yg biasanya digunakan utk tujuan inspeksi dan penerokaan. Ia membolehkan anda melihat tempat yg sukar dijangkau melalui skrin telefon anda. Gajet ini amat sesuai untuk projek DIY, penyelenggaraan kereta dan pemeriksaan paip.