Dulang hantaran ialah bekas atau tapak untuk meletakkan barang-barang hantaran perkahwinan atau pertunangan untuk diberi kepada pasangan.
Hantaran yang digubah juga semestinya diletakkan di dalam dulang atau tapak bagi memastikan barang-barang hantaran itu kelihatan menarik dan kemas.
Bakal mempelai sudah tentu inginkan yang terbaik dalam majlis yang bakal diraikan dan di sinilah dulang hantaran turut memainkan peranan penting.
Dulang hantaran perkahwinan tidak semestinya yang berharga mahal, kerana yang lebih penting ialah pemberian atau penghantaran barang hantaran dalam majlis perkahwinan mengikut adat resam Melayu adalah lazimnya menggunakan dulang.
Pastinya ramai yang sukakan dulang penghantaran perkahwinan yang berkonsepkan tradisional, tetapi jangan risau kerana alat ini juga boleh diperolehi dalam konsep moden. Jadi, pilihlah dulang hantaran mengikut citarasa masing-masing dan juga mengikut konsep perkahwinan.
Di sini dipaparkan beberapa jenis dulang hantaran yang boleh anda pilih untuk persandingan anda.
Contents • Isi Kandungan
- 1. Dulang Hantaran 4 Segi
- 2. Dulang Hantaran 4 Segi (Permukaan Rata)
- 3. Dulang Hantaran Kayu (Laser Cut)
- 4. Dulang Hantaran Kayu Berkualiti
- 5. Dulang Hantaran Jenis Plastik Pelbagai Corak
- 6. Dulang Hantaran Hiasan Sirih Junjung
- 7. Dulang Hantaran Besi 4 Segi
- 8. Dulang Hantaran Kayu Bercorak
- 9. Dulang Hantaran Besi Kawah Bulat
- 10. Dulang Hantaran Besi Bercermin
- 11. Dulang Hantaran Besi Bulat
- 12. Dulang Hantaran Besi Bulat (Permukaan Rata)