Walaupun dengan kemunculan pelbagai dapur elektrik yang serba canggih, tempat memasak berasaskan gas masih lagi memonopoli ruang dapur di kebanyakan rumah di seluruh Malaysia. Dapur gas juga adalah pilihan utama ramai chef profesional bagi menghasilkan pelbagai makanan yang enak. Jika dibandingkan dengan jenis elektrik, dapur gas tidak memerlukan tempoh pemanasan yang tertentu—sebaik sahaja dihidupkan, api akan menyala dan sudah boleh mula memasak. Malah ramai yang berasa lebih selesa untuk melihat sendiri saiz atau warna api bagi menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.

Dapur gas didatangi dalam pelbagai saiz, jumlah tungku dan reka bentuk—dari yang nampak sederhana sampailah yang mempunyai estetik moden. Jika anda tengah merancang untuk menukar atau membeli dapur gas yang baru, sila rujuk di bawah untuk melihat senarai 11 dapur gas yang terlaris di Malaysia ketika ini. (Dikemaskini 2021)

1. Dapur Gas MORGAN (Glass Surface) – MGS-8312G

Dapur gas jenama Morgan ini mempunyai dua burner yang mempunyai kuasa pemanas berjumlah 3.8 kw (kiri dan kanan). Kepala burner dibuat daripada tembaga dan bersaiz 12 x 12 cm. Mudah untuk dibersihkan disebabkan penggunaan material kaca yang elegan di permukaan atasnya.

  • Dimensi Produk: 72.00 x 38.00 x 10.20 (cm)
  • Berat: 8.10 kg

2. Dapur Gas Infrared RIINO – 702i

Dapur gas infrared RIINO membolehkan anda memasak dengan lebih cepat dengan api yang sekata. Penggunaan gas dikatakan lebih rendah berbanding gas konvensional. Bahagian permukaan atas dibina dengan yang kaca yang tahan panas dan sesuai untuk semua jenis perkakas memasak.

  • Dimensi Produk: 70.2 x 41.5 x 13.5 cm
  • Berat: 3 kg

3. Dapur Gas Pensonic PGC-26N

Produk ini dilengkapi dengan tungku berasaskan tembaga yang menjadikan ia ini lebih tahan lama. Reka bentuk grate juga adalah lebih besar berbanding kebanyakan dapur gas yang lain.

  • Dimensi Produk: 73 x 10 x 11 cm
  • Berat: 4 kg

4. Dapur Gas InfraRed Milux – MSS-8122IR

Teknologi infrared berupaya menghasilkan lebih banyak haba api berbanding tungku konvensional serta menjimatkan penggunaan gas sehingga 30%. Produk ini juga bebas asap dan tidak melepaskan elemen bertoksik seperti karbon monoksida.

5. Dapur Gas Elba – EGS-F7112

  • Panel keluli tahan karat berketebalan 0.5mm.
  • Trivet enamel berketebalan 0.4mm.
  • Saiz tungku: 100 x 120mm
  • Dimensi Produk: 710mm (L) x 370mm (W) x 85mm (H)

6. Dapur Gas Homelux – HDS-6060

  • Dimensi: 71cm × 37cm × 10cm
  • Tungku: Double 100mm × 100mm
  • Material Permukaan: Keluli tahan karat

7. Dapur Gas Singer – GS100EB

  • Dua trivet enamel.
  • Saiz kepala Tungku: 100mm x 100mm
  • Ignition automatik.

8. Dapur Gas Khind GC6010

  • Dapur gas bersalut epoksi ini menggunakan ingition automatik untuk menyalakan api.
  • Saiz tungku: 100mm X 100mm
  • Dimensi kotak: 715mm x 315mm x 95mm

9. Dapur Gas Butterfly – BTG-2L

Dapur gas keluaran Butterfly ini menggunakan kaca tahan panas di bahagian permukaan atasnya. Tungku bersaiz 110mmx110mm dan menggunakan ignition automatik.

10. Dapur Gas Faber – FS1012

  • Kuasa Nyalaan: 2.8kw, 3.4kw
  • Diameter Tungku: 100mm x 120mm
  • Dimensi Produk: 706mm L x 371mm D x 142mm H
  • Berat: 4 kg

11. Dapur Gas Rinnai – RI-602HTB

  • Tungku keluli tahan karat yang diperbuat daripada tembaga untuk menjamin daya ketahanan yang tinggi.
  • Pencucuh menggunakan Piezo.
  • Api yang kuat—7.6kw (LPG) dan 8.7 kW (NG).

Kelebihan Dapur Gas

Kawalan Suhu Yang Efisien

Dengan hanya memutarkan knob, anda boleh mengubah suhu api dengan lebih pantas menggunakan dapur gas—tidak seperti dapur elektrik yang memerlukan tempoh tertentu untuk menaikkan atau menurunkan tahap kepanasan. Ini adalah salah satu ciri yang digemari ramai tukang masak profesional dimana lebih banyak jenis hidangan dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Serasi Dengan Pelbagai Jenis Peralatan Memasak

Anda boleh memasak dengan sebarang jenis peralatan memasak menggunakan dapur gas. Sebagai contoh kuali yang berbentuk cekung tidak dapat digunakan pada dapur elektrik tetapi tidak menjadi masalah bagi dapur gas.

Operasi Tanpa Elektrik

Walaupun dengan ketiadaan elektrik, anda masih boleh terus memasak—yang penting kandungan gas masih ada. Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu back-up tangki gas yang penuh.

Kekurangan Dapur Gas

  • Dapur gas menghasilkan lebih banyak haba ketika memasak. Ini secara tidak langsung menjadikan persekitaran dapur anda menjadi panas dan kurang selesa.
  • Keadaan api yang terbuka menimbulkan risiko keselamatan. Pastikan tidak ada sebarang material yang mudah terbakar (contohnya kain) berada terlalu dekat dengan tempat memasak.
  • Agak payah untuk dibersihkan jika dibandingkan dengan jenis elektrik. Biasanya trivet perlu dibuka dahulu jika ingin membuat pembersihan menyeluruh.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Dapur Gas

Bilangan Tungku (Burner)

Salah satu faktor utama dalam pencarian dapur gas adalah dengan mengenal pasti berapakah jumlah tungku yang diperlukan. Biasanya, amaun ini bergantung kepada jumlah ahli keluarga atau berapa kerap/banyak yang anda kena masak setiap hari. Mungkin panduan di bawah dapat memudahkan anda membuat pilihan:

  • 4 Tungku: Sesuai untuk lebih dari 5 individu.
  • 3 Tungku: Sesuai untuk 4-5 individu.
  • 2 Tungku: Sesuai untuk 2-3 individu. Jenis yang paling popular.
  • 1 Tungku: Kegunaan seorang.

Jenis Ignition: Automatik atau Manual?

Secara ringkasnya, ignition atau pengapian manual memerlukan pemetik api atau mancis untuk menyalakan gas. Manakala jenis automatik pula tidak memerlukan semua itu. Ia dibina dengan ignition yang diaktifkan menggunakan bateri.

Jenis Material Pembakar: Tembaga (Brass) atau Aluminium?

Ketahanan dan efisiensi dapur gas mempunyai kaitan rapat dengan jenis material yang digunakan pada bahagian tungku. Tungku jenis tembaga adalah pengalir haba yang sangat baik. Ia adalah logam aloi yang mempunyai warna keemasan dan mampu bertahan lebih tahan lama jika dibandingkan dengan aluminium. Walau bagaimanapun, aluminium juga merupakan pengalir haba yang baik dan harganya juga lebih rendah berbanding jenis tembaga. Cuma jika diukur dari aspek ketahanan, dapur gas dengan tungku aluminium bukanlah jenis yang boleh digunakan untuk jangka masa yang lama kerana ia mudah berkarat.

Penjimatan Gas

Tungku yang tidak dapat mengawal api dengan berkesan akan menghabiskan gas dengan lebih cepat. Carilah dapur gas yang mempunyai sistem pengapian yang baik serta dapat mengeluarkan api dengan terkawal dan sekata.

Keluasan Pemukaan Tempat Memasak

Dapur gas seharusnya mempunyai ruang yang cukup untuk mengendali perkakas memasak yang berlainan saiz. Jika kedudukan tungku disusun dengan rapat, sudah pasti akan memberikan kesulitan ketika memasak.