9 Dapur Elektrik Canggih Terlaris

Salah satu komponen yang terpenting di dalam dapur sudah tentunya dapur memasak. Tidak kiralah dapur gas atau dapur elektrik, pasti akan digunakan sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Bagi yang menggunakan dapur gas, anda pasti pernah mengeluh ketika kehabisan gas. Bab menukar tong gas setiap kali kandungannya sudah kosong memanglah agak melecehkan. Sebab itulah ketika ini semakin ramai yang ingin bertukar arah kepada dapur elektrik. Malah jika dilihat dari aspek keselamatan, dapur elektrik ternyata memiliki ciri-ciri keselamatan yang lebih padu jika dibandingkan dengan dapur gas.

Jika anda masih keliru untuk memilih yang mana satukah dapur induksi yang sesuai untuk anda, sila rujuk senarai 9 dapur elektrik paling laris di Malaysia (tahun 2023) di bawah sebagai panduan.

1. PerySmith Induction Cooker PS2310 (2500w)

Pada luarannya ia nampak sederhana, namun dapur induksi berjenama PerySmith ini sebenarnya dilengkapi dengan pelbagai jenis mod memasak yang boleh dipilih. Terdapat 8 jenis mod kesemuanya seperti: sup, tumis, rebus, susu, barbeku, ‘hot pot’, stim dan goreng. Dengan adanya fungsi ini, anda kini dapat memulakan masakan dengan lebih pantas dengan menggunakan ‘setting’ yang lebih tepat. Dapur induksi ini juga menerapkan ciri penting seperti ‘child lock’ untuk keselamatan anak anda. Dari segi kualiti binaan, ia direka dengan panel kaca kristal hitam gred A+ yang tidak mudah calar.

Spesifikasi:

  • Kuasa: 2500w
  • Berat Kasar: 2.5 kg
  • Dimensi: 350 x 420 x 120 mm

2. Khind Induction Cooker IC1600 (2000w)

Ada 6 jenis mod masakan yang boleh anda pilih jika anda memilih untuk membeli dapur induksi buatan Khind ini. Mod-mod tersebut adalah: barbeku, sup, goreng, air, ‘hotpot’ dan susu. Anda boleh mengakses kesemua fungsi ini melalui panel kawalan sentuh yang mesra pengguna. Selain dilengkapi dengan ciri keselamatan ‘child lock’, anda juga tidak perlu risau untuk meletak pot panas di atas permukaannya kerana tahap toleransi kepanasan maksimumnya adalah sebanyak 500°C.

Spesifikasi:

  • Kuasa: 2000w
  • Berat Kasar: 2.4 kg
  • Dimensi: 280 x 350 x 43mm

3. Midea Induction Cooker C16-SKY1613 (1600w)

Ketika senarai ini ditulis, satu pot keluli tahan karat akan diberikan secara percuma semasa anda membeli dapur induksi berjenama Midea ini. Mungkin juga pakej promosi bermusim? Saya tidak pasti. Walau bagaimanapun, dapur induksi berjenama Midea ini dilengkapi dengan 8 tahap kuasa pemanas dan 6 mod masakan. Amat mudah untuk mengawal dapur induksi ini kerana paparan panel LED-nya amat jelas. Enam mod masakan yang dinyatakan tadi adalah: ‘hot pot’, goreng biasa, sup, ’deep fry’, tumis dan bubur. Terdapat dua jenis ciri keselamatan yang digabungkan ke dalam produk ini seperti sistem penyah-aktif automatik dan perlindungan suhu tinggi.

Spesifikasi:

  • Kuasa: 1600w
  • Berat Kasar: 2.7 kg
  • Dimensi: 355 x 270 x 65mm

4. Philips Induction Cooker HD4902 (2000w)

Kompek, pantas dan berkuasa—inilah ciri-ciri yang terdapat pada dapur induksi berjenama Philips ini. Dikatakan, masa memasak anda akan jadi lebih singkat jika anda menggunakan dapur induksi yang efisien ini. Terdapat 5 mod pemanasan yang telah diprogram untuk disesuaikan dengan apa jua jenis masakan anda. Untuk pembersihan, hanya gunakan sehelai kain untuk mengelap bahagian permukaan atasnya, senang bukan? Panel kaca dapur induksi ini juga dibina dengan menggunakan material kaca gred A yang tahan panas. Jadi tidak ada masalah untuk memasak dalam tempoh yang lama. Satu ciri yang penting bagi yang suka memasak stimbot.

Spesifikasi:

  • Kuasa: 2000w
  • Berat (termasuk pakej): 4.0 kg
  • Dimensi: 350 x 280 x 65mm

5. HETCH 2 In 1 Induction + Halogen Cooker

Dapur elektrik kali ini mempamerkan teknologi 2 dalam 1 iaitu induksi dan halogen. Terdapat dua bahagian memasak di permukaan atasnya—sebelah kiri menggunakan induksi berkuasa 1500w, manakala bahagian kanannya pula menggunakan halogen yang berkuasa 1600w. Teknologi di sebalik halogen ini sebenarnya adalah dari penggunaan mentol halogen untuk memanaskan masakan, dan bukannya gegelung elektrik seperti yang digunakan dalam proses induksi. Dari segi binaan, dapur moden ini menggunakan ‘Vitroceramic’ iaitu material berkualiti tahan panas yang diimpot dari Jerman.

Spesifikasi:

  • Kuasa: Induksi 1500w, Halogen 1600w
  • Berat: 8.5 kg
  • Dimensi: 710 x 435 x 68mm

6. AMGO Induction Cooker Ultra Thin Design (2200w)

Satu lagi dapur elektrik berasaskan ‘Vitroceramic’ dari Jerman, tetapi kali ini dikeluarkan oleh syarikat AMGO. Unit ini mempunyai 10 tahap pemanasan yang efisien untuk apa jua jenis masakan. Terdapat 8 jenis mod masakan yang telah diprogram iaitu: sup, stim, air, pemanasan suhu rendah ‘soft fire’, pemanasan tinggi ‘high heat’, ‘Hot Pot’, bubur dan goreng. Antara ciri keselamatan dapur induksi ini ada kaitan dengan rekaan luarnya yang tidak menonjolkan sebarang material logam (untuk mengelakkan gencatan elektrik). Unit ini juga boleh ternyahaktif secara automatik jika tidak digunakan selama lebih dari 2 jam.

Spesifikasi:

7. Electrolux Portable Induction Cooker ETD42SKA (2100w)

Dengan hanya 3 minit, air sebanyak 1 liter sudah boleh mendidih—itulah salah satu kelebihan dapur induksi berjenama Electrolux ini. Dengan kata lain, tidak perlu lagi menunggu masa yang lama untuk menyediakan satu hidangan. Dapur induksi Electrolux ini juga mempunyai sistem pengawal suhu yang tepat, jadi tidak perlulah risau dengan masalah masakan menjadi hangus atau masih kurang masak. Ia pasti menepati citarasa anda. Kalau ada kuah pekat yang tertumpah, ia masih senang untuk dibersihkan kerana permukaan seramik yang digunakan adalah dari jenis ‘non-stick’.

Spesifikasi:

  • Kuasa: 2100w
  • Berat: 2.2 kg
  • Dimensi: 290 x 360 x 45mm

8. Morgan Electric Infared Ceramic Cooker MCC-2002 (2000w)

Dapur induksi jenama Morgan ini pula dibina dengan plat kaca kristal yang sangat teguh dan tahan lama. Ketika proses pemanasan infrared, ia tidak akan mengeluarkan sebarang bentuk radiasi elektromagnetik. Jadi usah risau jika anda was-was dengan hal keselamatan yang terdapat pada dapur induksi ini. Selain dilengkapi dengan kawalan sentuh yang canggih, produk ini juga mempunyai sistem pengatur masa yang fleksibel jika anda ingin menjadualkan waktu masak anda.

Spesifikasi:

  • Kuasa: 2000w
  • Berat: 2.9 kg
  • Dimensi: 280 x 360 x 65mm

9. Faber FIC 3100 C Built-In Ceramic (1800w) & Induction Cooker (1300w)

Direka dengan bentuk yang elegan dan minimalis, dapur elektrik berjenama Faber ini menampilkan gabungan dua jenis kaedah pemanasan iaitu seramik dan induksi. Di bahagian sebelah kiri unit ini menempatkan pemanas seramik 1800w, manakala yang di sebelah kanan pula berasaskan induksi 1300w. Selain dibina dengan menggunakan material kaca berkualiti ‘Schott Ceran’ yang diimpot dari Jerman, produk ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan asas seperti jenama-jenama lain di atas. Antara ciri-ciri keselamatan tersebut adalah seperti ‘child lock’ dan juga sistem pencegah panas melampau (overheating).

Spesifikasi:

  • Kuasa: Seramik (1800w), Induksi (1300w)
  • Berat: 10 kg
  • Dimensi: 690 x 420 x 85mm

Kelebihan Dapur Elektrik

  • Selain mempunyai suhu yang konsisten, dapur elektrik juga dapat menghasilkan pemanasan yang lebih pantas dari gas. Secara tidak langsung ini dapat memendekkan masa memasak anda.
  • Dari sudut teknikal, dapur induksi berfungsi disebabkan wujudnya tindak-balas elektromagnetik dengan logam di dalam kuali atau periuk anda. Secara ringkasnya, periuk atau kuali itu sahaja yang dipanaskan, bukannya permukaan kaca dapur induksi itu.
  • Dapur elektrik mempunyai pelbagai fungsi pintar yang dapat memudahkan proses memasak.
  • Oleh kerana tidak ada api yang dihasilkan, risiko kebakaran sekaligus dapat dikurangkan.
  • Peralatan plastik tidak akan cair jika anda terletak barang plastik pada bahagian pemanas dapur induksi.
  • Mudah untuk dipindahkan (jika dibandingkan dengan dapur gas yang perlu dipindahkan dengan tongnya sekali).
  • Permukaan dapur elektrik yang rata membolehkan pembersihan dilakukan dengan lebih mudah. Hanya dengan sehelai kain sudah cukup untuk mengelap bahagian atasnya.

Kekurangan Dapur Elektrik

  • Anda hanya boleh menggunakan peralatan memasak yang sesuai untuk dapur induksi. Oleh kerana permukaan atasnya yang rata, maka peralatan memasak yang digunakan juga perlu rata di bahagian bawahnya.
  • Jika masakan tumpah akibat terlalu mendidih, tidak ada lubang di bawah untuk air/kuah itu mengalir jatuh. Dan akhirnya mungkin akan jatuh ke lantai. Walau bagaimanapun, ada dapur induksi yang mempunyai fungsi penyahaktif automatik sekiranya ia mengesan tumpahan cecair di atas permukaannya.
  • Walaupun kawalan suhu dapur elektrik sangat tepat, tetapi masih tidak sepantas dapur gas jika anda ingin menaikkan atau menurunkan suhu secara mendadak.
  • Jika secara tiba-tiba tidak ada elektrik, maka tergendalalah segala aktiviti memasak anda. Tetapi jangan risau, zaman sekarang ini pesan sajalah dari GrabFood atau Foodpanda sementara menunggu elektrik dihidupkan kembali.

Ciri-Ciri Yang Perlu Anda Teliti Semasa Membeli Dapur Elektrik

Saiz

Anda pasti suda sedia maklum dengan perbezaan saiz dapur elektrik selepas selesai membaca senarai tadi. Saiz terkecil hanya mempunyai satu zon memasak, manakala yang lebih besar boleh memuatkan dua atau lebih zon memasak. Pilihlah mengikut kadar kekerapan memasak di rumah. Jika anda tinggal bersendirian atau kurang aktif memasak, dapur induksi yang mempunyai satu zon memasak mungkin sudah memadai. Jika anda sudah berkeluarga atau memang aktif memasak, belilah dapur induksi yang mempunyai sekurang-kurangnya dua zon memasak.

Kaedah Kawalan Unit

Terdapat dua jenis kawalan; yang pertama kawalan sentuh dan yang kedua kawalan menggunakan tombol. Lebih mudah untuk membersihkan dapur induksi yang menggunakan kawalan sentuh kerana keseluruhan permukaan yang rata.

Pengesan Saiz Kuali/Periuk Automatik dan Fungsi ‘Boost’

Fungsi ini dapat mengesan saiz peralatan yang digunakan ketika memasak. Untuk fungsi ‘boost’ pula, ia akan memberikan daya pemanas yang lebih ke zon memasak—sebagai contoh untuk mendidihkan air dalam waktu yang singkat. Walau bagaimanapun bukan semua dapur induksi ada fungsi daya pemanas tambahan ini.

Child Lock

Ciri keselamatan ini direka untuk mengelakkan anak anda dari menyalahgunakan butang kawalan pada dapur induksi.

Penjadual Masa (Timer)

Ini merupakan satu ciri yang menarik dimana anda boleh memprogram dapur masak anda untuk mematikan (atau menurunkan suhu) pemanasan pada waktu yang tertentu.

Penyahaktif Automatik (Auto Shut-off)

Fungsi keselamatan ini akan mematikan dapur masak secara automatik jika periuk anda sudah terlalu mendidih dan menumpahkan kuah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *