Cerek elektrik hanya memerlukan beberapa minit untuk mendidih dan ia digunakan hampir setiap hari untuk menyediakan minuman panas seperti kopi, teh dan susu. Selain cepat mendidih, cerek elektrik juga berkeupayaan untuk mematikan prosesnya sendiri secara automatik ketika air yang dimasak sudah mencapai takat didih yang tertentu. Ciri-ciri ini menjadikan peralatan ini lebih selamat dan mudah digunakan. Sama ada anda ingin menggantikan cerek lama atau menaik taraf cerek air dapur gas kepada elektrik, senarai di bawah ini pasti akan dapat membantu anda dalam membuat pilihan. Berikut adalah 6 jenis cerek elektrik dari pelbagai jenama yang terbaik dan terlaris di Malaysia. (Dikemaskini pada tahun 2023)
Contents • Isi Kandungan
- 1. Cerek Elektrik Faber FK 5005 (5 Liter)
- 2. Cerek Elektrik Khind SUS304/EK471 (4.7 Liter)
- 3. Cerek Elektrik Butterfly EK-47A (4.7 Liter)
- 4. Cerek Elektrik Elba EKA5021SS (5 Liter)
- 5. Cerek Elektrik Pensonic PEN-PAK5002 (4.2 Liter)
- 6. Cerek Elektrik Cornell CKT-47 (4.7 Liter)
- Kelebihan Cerek Elektrik
- Cerek Elektrik: Panduan Pembeli
1. Cerek Elektrik Faber FK 5005 (5 Liter)
Ciri-ciri Faber FK 5005: Fungsi ‘boil-dry protection’, sistem pemati automatik dan badan besi yang tahan karat.
Spesifikasi Teknikal:
- Kapasiti: 5.0L
- Penggunaan Tenaga: 2200W
2. Cerek Elektrik Khind SUS304/EK471 (4.7 Liter)
Ciri-ciri Khind SUS304/EK471: UK Strix Controller, pencegah ‘boil-dry’, sistem pemati automatik serta badan yang tahan lama dan karat.
Spesifikasi Teknikal:
- Kapasiti: 4.7L
- Penggunaan Tenaga: 1850-2150W
3. Cerek Elektrik Butterfly EK-47A (4.7 Liter)
Ciri-ciri Butterfly EK-47A: Pencegah ‘boil-dry’, sistem pemati automatik serta badan besi tahan karat.
Spesifikasi Teknikal:
- Kapasiti: 4.7L
- Penggunaan Tenaga: 1850-2200W
4. Cerek Elektrik Elba EKA5021SS (5 Liter)
Ciri-ciri Elba EKA5021SS: Pencegah ‘boil-dry’, menggunakan thermostat ‘UK Strix’ untuk sistem pemati automatik serta badan besi yang tahan karat.
Spesifikasi Teknikal:
- Kapasiti: 5.0L
- Penggunaan Tenaga: 1850 – 2200W
5. Cerek Elektrik Pensonic PEN-PAK5002 (4.2 Liter)
Ciri-ciri Pensonic PAK5002: Pencegah ‘boil-dry’, pemati automatik, operasi satu sentuh yang mudah serta badan besi food-grade yang tahan karat.
Spesifikasi Teknikal:
- Kapasiti: 4.2L
- Penggunaan Tenaga: 2000W
6. Cerek Elektrik Cornell CKT-47 (4.7 Liter)
Ciri-ciri Cornell CKT-47: Pencegah ‘boil-dry’, thermostat ‘UK Strix’ untuk sistem pemati automatik dan badan besi tahan karat (304 stainless steel).
Spesifikasi Teknikal:
- Kapasiti: 4.7L
- Penggunaan Tenaga: 1850-2200W
Kelebihan Cerek Elektrik

Terdapat pelbagai kelebihan yang ada pada cerek elektrik dan sebahagiannya adalah seperti berikut:
- Tempoh untuk mendidihkan air adalah lebih cepat menggunakan cerek jenis elektrik.
- Mudah-alih: Hampir boleh digunakan di mana-mana sahaja—yang penting ada sumber tenaga atau plug elektrik berdekatan.
- Lebih selamat disebabkan terdapatnya ciri-ciri keselamatan untuk pengguna. tidak perlu risau tentang air yang terlalu mendidih.
- Tidak seperti cerek tradisional yakni cerek dapur gas, bahagian bawah cerek jenis elektrik tidak meninggalkan kesan hitam (kesan bakar) atau karbon ketika diletakkan di atas meja.
Cerek Elektrik: Panduan Pembeli

Seperti biasa, setiap peralatan elektrik perlu diteliti terlebih dahulu sebelum membuat pembelian—dan cerek elektrik tidak dikecualikan. Di sini Shoppers menyenaraikan beberapa tips yang boleh dijadikan sebagai panduan bagi mengenal pasti yang mana satukah cerek elektrik yang bagus untuk anda.
Kapasiti atau Isipadu Air
Setiap cerek berbeza dari segi kapasiti. Dengan hanya satu liter, anda boleh membuat tiga cawan teh atau kopi jika setiap cawan mempunyai kapasiti sebanyak 250 ml. Jangan isi air terlalu penuh ke dalam cerek, kerana jika terlampau penuh, air akan tumpah ketika mendidih. Tinggalkan sekitar 15-20% ruang kosong di dalam cerek tersebut.
Kepantasan Mendidih
Salah satu faktor kenapa cerek elektrik menjadi pilihan ramai adalah kerana ianya lebih efisien untuk mendidihkan air dengan cepat. Kelajuan mendidih bergantung sepenuhnya pada kadar penggunaan tenaga cerek tersebut (biasanya dalam watt). Semakin tinggi watt cerek itu, semakin lajulah juga ia mendidih. Cerek elektrik yang berkuasa 1500 watt boleh mendidihkan satu liter air dalam lebih kurang lima minit sahaja. Pada masa yang sama, ia juga bergantung kepada isipadu air. Cerek yang diisi dengan air yang sedikit boleh mendidihkan air dalam masa yang lebih singkat.
Jenis dan Bentuk Pemegang
Pemegang cerek berbeza dari satu model ke model yang lain. Cerek yang dipasang dengan pemegang plastik tidak panas untuk disentuh ketika air sudah siap mendidih. Pemegang yang berbentuk ergonomik pula mempunyai kelebihan dari segi keseimbangan ketika mengangkat dan menuang air dari dalam cerek. Jika anda takut pemegang itu licin (disebabkan wap/haba panas), gunakan alas kain yang kering untuk mengangkat cerek tersebut.
Aspek Keselamatan
Pastikan cerek yang ingin dibeli mempunyai salah satu daripada ciri-ciri keselamatan berikut:
a) Pemati automatik: Boleh mematikan operasi memanas secara automatik sebaik sahaja air siap mendidih.
b) Ciri keselamatan yang dipanggil ‘boil dry protection’ dimana cerek tidak akan beroperasi apabila kandungan air di dalam terlalu rendah.